“Love birds” adalah ungkapan yang sering disinonimkan dengan pasangan yang sedang hangat bercinta. Pasti ramai yang tidak sabar menanti ketibaan hari kekasih yang acap kali dirai pada 14 Februari setiap tahun kan?
Baru-baru ini, jenama sensasi alaf baru PEDRO tampil melancarkan koleksi AVIAN FIXATION khas buat pasangan kekasih yang sedang dikerumun semut. Opsss! Manis sangat!
UNTUK WANITA
Kasut sarung jenis espadrilles memang sedang in-trend saat ini! Buat apa tunggu lagi? Mungkin anda boleh jadikan kasut yang bermotifkan rekaan burung comel ini sebagai bingkisan istimewa buat si dia yang anda cinta!
PEDRO mengambil inspirasi dari alam, menggunakan palet rona neutral sebagai warna asas kepada koleksi rekaan kasutnya kali ini.
Sebagai perincian utama, motif burung berona kelabu, jingga batu karang serta putih diketengahkan untuk memaparkan sifat feminiti sesuai untuk wanita yang gemarkan gaya anggun minimalis.
UNTUK LELAKI
Untuk koleksi lelaki pula, motif burungnya lebih menonjol terdiri dari campuran warna hitam, kelabu serta jingga terang demi menyuntik elemen maskulin yang ranggi.
Berseronoklah dengan koleksi PEDRO Avian Fixation untuk Hari Kekasih tahun ini! Koleksi kasut bergaya santai ini sememangnya amat bererti buat anda dan pasangan.
Kunjungi butik PEDRO di Mid Valley atau Pavillion untuk mendapatkan koleksi Avian Fixation ini.
ALAMAT
Mid Valley:
Lot G-032, Mid Valley Megamall, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur
Pavilion:
Lot 4.40, Level 4, Pavilion Kuala Lumpur Malaysia