Nampaknya, gaya retro akan kembali menjadi trend fesyen hangat untuk tahun 2016!
Sebagai seorang yang peka terhadap penampilan, anda bukan sahaja perlu mengambil kira terhadap padanan pakaian anda semata-mata, malah aksesori sampingan sebagai penyeri juga perlu dititik beratkan.
Apabila berkata tentang aksesori, ia bukanlah hanya tertumpu pada barang perhiasan seperti gelang, cincin, anting-anting mahupun rantai. Demi berlaku adil, aksesori seperti kaca mata gelap amat sesuai untuk digayakan oleh kedua-dua jantina, sama ada lelaki ataupun wanita. Sesiapa sahaja bisa menggayakannya dengan penuh sifat tersendiri.
Dunia fesyen sentiasa berputar, terdapat beribu pilihan kaca mata, terdiri dari pelbagai warna dan bentuk yang boleh anda dapati di pasaran.
Perincian yang diterapkan oleh setiap satu jenama yang ada ini pula teramatlah eksklusif serta mempunyai daya tarikan yang istimewa. Dapat dilihat, gaya retro mula diketengahkan kembali untuk menghiasi setiap inci rekaan kaca mata untuk kebanyakkan koleksi 2016.
Dari jenama high end seperti Prada, Dolce & Gabbana, Coach, hinggalah kepada jenama yang formal seperti Emporio Armani, kesemuanya masing-masing cuba menitipkan memori klasik zaman retro sebagai trend tahun baru yang umphhh!
Di sini, pengedar kaca mata pelbagai yang terkemuka, Luxottica sentiasa peka dan komited untuk menyediakan keperluan kaca mata mesra pengguna bergaya mengikut permintaan ramai.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.luxottica.com