Pada bulan Januari ini, saluran A+E Networks® iaitu Lifetime® (Saluran Astro 709) mempersembahkan siri pertandingan masakan terbaharu yang menampilkan kanak-kanak dengan bakat luar biasa menentang veteran bidang kulinari.
Susulan daripada kejayaan pelancarannya di Amerika Syarikat dan negara lain, Man vs. Child: Chef Showdown akan mula disiarkan di Asia pada hari Selasa, 26 Januari pada jam 7 malam. Rancangan ini menampilkan chef-chef cilik berbakat dari Amerika yang akan berhadapan dengan idola mereka sendiri – chef-chef dewasa yang terlatih secara profesional, dan hampir kesemua chef ini telah memasak lebih lama daripada usia kanak-kanak ini.
Dihoskan oleh chef dan personaliti televisyen, Adam Gertler, siri sebanyak 13 episod ini menampilkan sebuah kumpulan yang terdiri daripada lima orang kanak-kanak yang berkebolehan besar dalam bidang masakan – Estie (8), Dylan (11), Emmalee (12), Cloyce (13) dan Holden (14). Mereka akan bersaing dengan chef bertaraf eksekutif yang berbeza setiap minggu untuk membuktikan kehebatan mereka.
Adakah bakat semulajadi dan imaginasi sudah mencukupi untuk menandingi latihan dan pengalaman selama bertahun-tahun? Tontonilah setiap hari Selasa jam 7 malam (dengan siaran ulangan pada jam 10 malam) untuk menyaksikan bagaimana kanak-kanak berbakat besar ini bersaing dengan pencabar mereka yang jauh lebih berpengalaman dan bersedialah untuk menyaksikan revolusi kulinari.
Man vs. Child: Chef Showdown meneruskan kesinambungan kejayaan rancangan-rancangan di Lifetime termasuklah MasterChef Asia, Child Genius, Amazing Race Australia dan Married at First Sight.