Penkek guna 2 bahan sahaja? Agak mustahil. Tapi percayalah resepi penkek ini hanya gunakan dua butir telur, sebiji pisang dan siap penkek anda.
Jika anda yang gilakan pisang, pasti anda akan menikmati penkek ini, jika tidak, anda mungkin boleh cuba menambah bahan-bahan lain seperti kayu manis, ekstrak vanila, blueberi ataupun coklat cip.
Bahan-bahan:
- Sebiji pisang
- 2 butir telur
Cara membuatnya:
- Dengan menggunakan garpu, lenyekkan pisang dalam mangkuk.
- Campurkan 2 biji telur ke dalam pisang lecek dan gaul.
- Tuangkan adunan ke dalam kuali sedikit berminyak/kalau boleh guna mentega. Anda boleh membuat penkek sebesar yang anda suka. Walaubagaimanapun lebih kecil penkek, lebih mudah untuk anda flip.
- Tambah topping kegemaran anda – strawberi, cip coklat, maple syrup, madu.