Sebuah saluran yang tidak lokek daripada menghidangkan rancangan hiburan khas buat kanak-kanak, Nickelodeon kini tampil memperkenalkan satu lagi rancangan menarik untuk tontonan masa lapang.
Siri “100 Things To Do Before High School” mendapat sentuhan penerbit Scott Fellows, berkisarkan 3 serakan yang gentar untuk melangkah ke alam persekolah baru.
Ia menceritakan tentang pengembaraan CJ Martin, lakonan Isabela Moner yang selalu mengimpikan bahawa sekolah tinggi akan menjadi suatu pengalaman yang paling indah untuk dihadapi dalam diari hidupnya. Tetapi, selepas abangnya mereka cerita buruk tentang keadaan persekitaran serta kehidupan di sekolah tinggi adalah sangat mengerikan, CJ Martin berasa tidak selesa.
Oleh kerana takut kehilangan dua sahabat baiknya Fenwick Frazier lakonan Jaheem Toombs dan Christian “Crispo” Powers, lakonan Owen Joyner, dia akhirnya mencuba sedaya-upaya untuk memperkuatkan pertalian persahabatan mereka sebelum pengalaman di sekolah tinggi berkenaan merosakkan kegembiraan mereka.
Dalam masa yang sama, mereka cuba mencipta keseronokkan sendiri dengan membuat satu senarai impian yang hendak mereka lakukan bersama demi membantu mereka daripada menghadapi sebarang masalah emosi dan fizikal seperti dipulaukan oleh puak-puak sebaya di sekolah, para pembuli serta guru-guru yang pelik.
Bagi mereka bertiga, proses membesar adalah satu tahap di mana mereka perlu meneroka untuk mencuba semua perkara sementara masih ada peluang.
Jangan lupa tonton siri terbaru “100 Things To Do Before High School”, bermula 11 Januari 2016, jam 8.45pm hanya di saluran Nickelodeon!
Nikmati kehebatan berganda yang bisa membawa adik-adik menjelajah ke sebuah alam persekolahan yang menyeronokkan bersama tiga sekawan ini, bijak mengatur langkah demi menjadikan pengalaman zaman persekolahan mereka sebagai memori yang paling bermakna!