Logitech baru sahaja melancarkan satu lagi aksesori berkredibiliti yang mampu berkerjasama dengan peranti keluaran jenama Apple, khas buat iPad Pro dan iPad Mini 4, minggu sudah.
Rekaan aksesori Logitech yang ini bisa melengkapkan lagi ciri estetik yang dimiliki oleh peranti Apple berkenaan. Ini termasuklah pelindung berpapan kekunci yang disertai sistem Apple Smart Connector untuk iPad Pro yang digelar CREATE manakala FOCUS pula adalah pelindung fleksibel yang bisa berdiri dari segala sisi khas buat iPad Mini 4.
Untuk pengetahuan anda, pelindung berpapan kekunci CREATE oleh Logitech ini adalah papan kekunci pihak ketiga pertama yang memanfaatkan teknologi baru penyambung pintar oleh Apple. Papan kekunci yang didatangkan bersama pelindung iPad Pro itu tidak perlu dihidupkan, disambungkan mahupun di cas sama sekali untuk berfungsi.
iPad Pro yang mendapat gandingan hebat bersama iOS 9 itu kini telah membuka peluang untuk CREATE kerana membolehkan pengguna berkerja disamping bermain menggunakan tablet.
Papan kekunci CREATE berkelebaran sama seperti papan kekunci normal iaitu 19mm kunci, lampu latar yang bisa dilaraskan serta susun atur intuitif yang boleh membantu anda memanfaatkan ruang kerja iPad Pro dan iOS 9 baru dengan sepenuhnya.
Selain itu, pelindung CREATE menyediakan 2 sudut tontonan yang bisa memberi lebih nikmat untuk anda apabila menonton atau melakukan tugasan merujuk kepada skrin paparan iPad Pro yang lebar itu.
Logitech FOCUS flesksibel ini pula boleh mengubah iPad mini anda menjadi komputer riba dalam sekelip mata. Ia dilengkapi papan kekunci Bluetooth, jarak antara kekunci yang rapi serta pintasan untuk iOS. Pelindung ini berfungsi untuk memegang iPad dari segenap arah dan sudut sehingga 50 darjah.
Ciptaan hebat lagi menawan ini adalah hasil kolaborasi Logitech bersama Apple bertujuan untuk memudahkan, serta memberi lebih pilihan aksesori yang bukan sahaja ergonomik, malah juga mampu mengikut aliran trend semasa yang membutuhkan aksesori menarik untuk dipadankan dengan peranti milik seseorang.
Dari keserasiannya untuk menampung sistem Apple Smart Connector, hinggalah kepada warna dan perincian papan kekunci berkenaan, kesemuanya adalah dicipta berasaskan medium kesempurnaan yang tiada tandingan.
Pelindung berpapan kekunci Logitech CREATE dan pelindung fleskibel Logitech FOCUS boleh didapati dalam pelbagai warna menarik termasuk merah, hitam dan biru dari pengedar Bluelogic Enterprise Sdn Bhd dan MCL Bhd. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.logitech.com