Anda inginkan wajah yang flawless? Dengan menggunakan helah dan trik yang betul anda pasti mampu mencapainya!
Terdapat pelbagai teknik solekan yang ada, namun, sebagai seorang amatur yang baru sahaja berjinak-jinak dengan alat solek, anda mesti tahu teknik solekan yang asas ini dahulu.
Mari, Wanista ingin kongsikannya…
Berus Bedak Asas Flat
Berus klasik untuk menghasilkan kemasan yang licin. Cara Penggunaan: Guna belakang tangan sebagai palet dan sapukan dengan gerakan ke bawah bermula di tengah-tengah wajah, di mana anda perlu liputan yang penuh. Jika anda menukar arah berus, anda sebenarnya membuat bulu-bulu kecil pada wajah kelihatan. Sapuan ke bawah menutup liang roma dan garis-garis halus, memberi anda perlindungan semula jadi yang berpanjangan.
Berus Buffing
Kunci utama untuk mencapai kesan solekan airbrushed. Cara Penggunaan: Letak bedak asas di belakang tangan anda, ambil sedikit dan letakkan di hujung berus dan kemudian sapukan ke muka bermula dari tengah dalam gerakan bulat kecil.
The Wedge Sponge
Span persegi membolehkan anda untuk menggunakan hanya satu alat solek untuk seluruh wajah. Cara Penggunaan: Sapukan bedak asas pada bahagian mendatar dan aplikasikan pada kawasan yang lebih besar daripada muka anda, bermula dengan gerakan stippling atau patting. Sebaik sahaja anda mendapat liputan yang diingini, tukar span pada sisi yang belum digunakan. Bersihkan solekan pada hidung, di bawah mata juga keluk dan kontur wajah yang rumit.