KAUFMANN, jenama fesyen kulit ini memancarkan aura mewah serta eksklusif buat sesiapa yang menggayakan produknya.
Syarikat ternama antarabangsa yang mengeluarkan produk aksesori diperbuat daripada material mewah ini sememangnya menjadi igauan kepada mereka yang meminati barangan kulit atau authentic/genuine leather.
Menggunakan teknik pembuatan yang sungguh rapi, dapat dilihat setiap perincian produknya juga meliputi kemasan unik yang pasti memberi sensasi fesyen hangat.
Apa yang lebih menarik, selama keberadaan jenamanya dalam industri fesyen di bawah naungan House of Leather, KAUFMANN hanya terkenal dek kerana keluaran aksesori untuk lelaki sahaja seperti dompet, beg dokumen, tali pinggang dan banyak lagi.
Tetapi, baru-baru ini, KAUFMANN cuba menerapkan elemen baharu yang lebih sensual ke dalam koleksinya iaitu tampil memperkenalkan aksesori kulit untuk wanita sebagai pelengkap gaya yang sungguh versatile.
Terdapat dua koleksi yang baharu sahaja dilancarkan khas buat kaum wanita serta gadis fashionista iaitu rangkaian beg tangan yang diberi nama VESPER dan PRIMADONNA.
Kedua-duanya dibuat menggunakan material kulit bermutu tinggi, malah diselitkan juga perincian moden agar rekaan tampak bergaya, selari dengan peredaran zaman masa kini.
Tidak kisah untuk ke pejabat, gaya kasual, mahupun untuk ke majlis keramaian, koleksi beg tangan PRIMADONNA ini adalah pilihan yang tepat untuk anda. Pengguna boleh menukar menutup beg dalam sekelip mata, sama ada mahu menggunakan penutup yang polos tetapi eksklusif ataupun menutup yang dihiasi serbuk gemerlap (glitters) untuk gaya yang lebih mewah. Satu beg boleh digunakan dalam dua cara, ianya sungguh mesra pengguna!
Koleksi PRIMADONNA oleh KAUFMANN ini juga didatangkan bersama beg kepit, dompet panjang, dompet berkancing serta wrislet 3 dalam 1. Kesemua aksesori ini bisa digunakan dalam pelbagai gaya, untuk bermacam majlis.
Jika PRIMADONNA mengetengahkan elemen versatiliti, koleksi VESPER pula lebih eksentrik kerana ia diperbuat dari material kulit sepenuhnya yang dikenali sebagai kulit jenis Saffiano. Menggambarkan seleksi gaya yang lebih formal, kesemua aksesori siri VESPER dihiasi logo cetekan timbul jenama KAUFMANN sendiri. Ia merangkumi beberapa ruangan kompartmen di dalam beg yang lebih banyak, khas buat wanita yang berkerjaya, yakni memerlukan banyak keperluan harian yang perlu dibawa sekali dalam satu beg. Kini, tiada lagi masalah untuk anda tercari-cari barangan di dalam beg tatkala sedang tergesa.
KAUFMANN dengan berbesar hati ingin menggalakkan semua orang untuk mengutamakan gaya versatiliti, memiliki serta menggayakan beg keluaran KAUFMANN dengan penuh rasa yakin dan bangga.
Untuk maklumat lanjut, sila layari houseofleather.com.my