Rasa agung ais krim mewah MAGNUM yang digila-gilakan peminat manisan seluruh dunia sememangnya tidak boleh dinafikan lagi.
MAGNUM sentiasa bijak mengatur langkahnya untuk jadi yang terbaik di samping jenama-jenama ais krim runcit yang lain kerana tidak pernah lokek daripada memperkenalkan pelbagai perisa yang bisa mengambil hati para peminatnya.
Baru-baru ini, jenama ais krim yang memiliki kafe dengan namanya sendiri itu tampil memperkenalkan dua lagi perisa baru yang sangat menggiurkan, iaitu MAGNUM PINK dan MAGNUM BLACK.
Mengetengahkan emosi dan personaliti sebagai sisi utama konsep penghasilan ais krim ini, kedua-duanya boleh didapati dalam dua warna yang berbeza. Setiap satunya dicipta dengan penuh ketelitian, khusus bagi melengkapkan personaliti berbeza setiap individu pada detik-detik berbeza.
Para media diundang untuk menikmati hidangan pemanis menarik yang di inspirasikan daripada MAGNUM PINK dan MAGNUM BLACK minggu sudah.
Chef Isadora, merupakan pemilik restoran serta seorang tukang masak terkemuka tanah air ini telah mempersembahkan dua hidangan istimewa yang menggabungkan keunikan dan kemewahan rasa Coklat Belgian dan Coklat Tanzania dengan sentuhan rasa tersendiri menggunakan bahan–bahan seperti buah Delima dan Espresso.
Kombinasi keunikan rasa Coklat Belgian dan buah Delima pula menyerlahkan personaliti ceria, mesra dan menarik; manakala nuansa kombinasi rasa Espresso dan Coklat Tanzania pula menyerlahkan personaliti individu yang penuh keyakinan, elegan serta sofistikated.
MAGNUM PINK dan BLACK secara rasminya akan berada di pasaran mulai Mac 2016 ini, bakal membawakan suatu kenikmatan berganda kepada anda yang gemarkan pemanis mulut eksklusif serta rasa Coklat Belgian asli.
Sehingga kini, reputasi terunggul ais krim MAGNUM sebagai peneraju jenama ais krim mewah dipersembahkan melalui kepakaran coklat mereka kepada penggemar ais krim seluruh dunia dengan pilihan pelbagai jenis seleksi rasa dan saiz.
Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk mengetahui mood diri kerana aplikasi penentu mood atas talian oleh Magnum ini bisa bantu membuat seleksi perisa ais krim MAGNUM PINK atau MAGNUM BLACK yang bertepatan dengan emosi serta personaliti anda secara langsung. Jadi, apa tunggu lagi?
Layari www.magnumpinkandblack.com.my untuk ketahui sifat personaliti yang menggambarkan diri sebenar anda! Magnum for pleasure seekers!