Jom menyelami dunia melalui kamera Kiran. Kiran Kreer menjalani kehidupan yang cukup selesa di Kuala Lumpur. Namun di sebalik kenikmatan hidupnya itu, Kiran mendambakan sesuatu yang berbeza dan lebih bermakna. Pada 2012, dia nekad meninggalkan kerjayanya demi memulakan satu pengembaraan yang hala tujunya tidak diketahui pada mulanya.
Jejaka Malaysia berusia 39 tahun ini mempunyai minat yang begitu mendalam terhadap fotografi. Dengan sekadar berbekalkan dua teman akrabnya – kamera dan ‘backpack’ (beg galas) – Kiran memulakan penjelajahan merentasi Asia Tenggara bagi menyelami kisah di sebalik kehidupan masyarakat yang kurang bernasib baik di situ, serta isu-isu membabitkan kemiskinan, hak asasi manusia dan bantuan bencana.
‘AXN Attitude’ merupakan rancangan bersiri pendek yang mengiktiraf insan yang menyahut cabaran kehidupan tidak terjangka dan luar biasa. Kisah-kisah hebat yang dipertontonkan dalam siri ini adalah berkisar mengenai pengembaraan dan cita-cita tidak kenal gentar yang didorong dengan kesungguhan dan keazaman yang tiada tolok banding. Ia sekaligus mencerminkan janji AXN dalam membawakan ‘pembaharuan aksi’ buat penontonnya.
Tayangan perdana AXN Attitude telah disiarkan pada 18 Januari. Kisah Kiran akan ditampilkan bersama cerita beberapa individu lain termasuk Jeremy Tong, iaitu pendaki dari Singapura yang bercita-cita untuk menjadi pendaki termuda dari Asia Tenggara menakluki puncak Gunung Everest, dan Yukojati Anabela, peluncur air berusia 17 tahun dari Indonesia yang mencipta nama di persada antarabangsa. Seperti AXN, Kiran, Jeremy dan Bela adalah makna ‘pembaharuan aksi’.
Jangan lupa menonton cerita Kiran di sini dan mari menyertai perbualan bersama-sama dengan mengikuti #AXNAttitude.