Pelakon Eddie Peng dipilih sebagai wajah baharu untuk Boss Eyewear Kempen Musim Bunga/Panas 2016.
Sebagai salah seorang pelakon yang berbakat dan dinamik di Asia, beliau dipilih kerana tenaga dan gaya modennya yang padan dengan semangat BOSS Eyewear.
Untuk kempen musim bunga/panas 2016, pengarah artistik Jason Wu meneroka elemen utama DNA BOSS yang saling bertindih dengan seni bina dan alam semula jadi.
Dalam kempen tersebut, Eddie memakai kaca mata dari koleksi baru. Kaca mata hitam yang direka dalam bentuk pilot yang ikonik dari satu gabungan reka cipta bahan – rangka depan keluli dan dua gentian karbon berstruktur dengan lembut. Bingkai optik dengan bahan-bahan yang sahih termasuk logam, gentian karbon yang fleksibel dan getah dalam warna klasik seperti hitam, coklat dan biru.
Eddie akan menjadi wajah untuk kempen BOSS Eyewear di Asia. Iklan kaca mata pertama yang menampilkan Eddie Peng akan dipaparkan pada Januari 2016.