Industri kosmetik keluaran jenama Asia kini sudah mampu berdiri sama tinggi dengan jenama keluaran barat, setanding dengan kosmetik mahupun produk kecantikan yang telah terlebih dahulu menempa nama dalam dunia kecantikkan selebriti Hollywood.
Industri hiburan Hollywood jauh kehadapan mendapat perhatian media kerana itu adalah apa yang mahu ditonton, diamati oleh orang awam kerana mereka begitu obses dan berminat untuk menyelami kehidupan para selebriti A-list.
Baru-baru ini, bersempena dengan majlis anugerah berprestij Golden Globe Awards, jenama rangkaian produk kosmetik OMOROSE keluaran Malaysia ini cukup berbangga kerana diberi peluang menyertai acara istimewa kelolaan Dubois Pelin & Associates bagi menghujani para selebriti A-list Hollywood merangkumi individu yang tecalon dalam anugerah Golden Globe Awards dengan pelbagai macam hadiah mewah serta menarik sebelum mereka melangkah ke majlis anugerah berkenaan keesokannya.
Bertempat di bandaraya mewah Los Angeles, Baverly Hills, tempat berdiri megahnya kebanyakkan rumah agam para selebriti Hollywood, OMOROSE adalah salah satu rangkaian kosmetik yang dipilih untuk ditawarkan kepada para selebriti yang hadir. Ia diasaskan oleh Terry Liau, seorang individu kelahiran tanah air yang begitu intuitif dan meminati bidang penghasilan kosmetik secara luhurnya.
Untuk pengetahuan anda, rangkaian kosmetik OMOROSE ini adalah vegan sepenuhnya. Ianya langsung tidak mengandungi sebarang pengawet, bebas paraben, dan Phenoxyethanol.
Jawatankuasa penganjur majlis hanya memilih produk khusus yang terbaik untuk diedarkan kepada para selebriti udangan. Antara mereka yang membawa pulang beg hadiah mengandungi barangan kosmetik OMOROSE adalah Emmy Winner, Viola Davis, Gary Cole, Zoe Bell, Sarah Hay, Anthony Anderson dan ramai lagi.
Liau berasa girang tatkala produknya dilihat kini sudah berada di persada antarabangsa, dalam kalangan selebriti Hollywood yang sangat terkenal dengan gaya mewah senantiasa. Anak kelahiran Malaysia itu mahu mengangkat OMOROSE ke tahap yang lebih tinggi sebagai sebuah jenama sejagat.
Penyertaan bersama majlis anjuran tahunan Dubois Pelin & Associates ini akan dijadikan sebagai batu loncatan untuk OMOROSE pergi lebih jauh, di samping mencipta suatu motivasi buat rakyat Malaysia yang mengimpikan untuk melebarkan sayap perniagaan atau mengenalkan hasil inovasi mereka ke daerah industri perfileman Amerika itu.
Untuk maklumat lanjut, sila layari omorosecosmetics.com