Azam baru sering dinukilkan bagi menetapkan hati serta prinsip hidup yang mahu dilakukan sepanjang tahun baru berkenaan.
2016 kini hadir bagai sehelai kanvas putih yang masih belum dicemari. Dengan itu, keceriaan hidup pasti diharapkan oleh semua agar sentiasa menyinari masa-masa mendatang supaya tahun ini menjadi lebih bermakna.
Royal Selangor tidak pernah gagal untuk menjadi sebahagian daripada hidup individu. Dengan menerapkan elemen saat-saat terindah dalam hidup seperti perkahwinan, kelahiran orang baru serta detik-detik mengembirakan, kesemuanya itu disunting untuk menjadi ilham bagi koleksi musim bunga 2016 ini.
Demi meraikan detik permulaan baru ini juga, Royal Selangor membangkitkan rasa sensual yang mendalam sehingga bisa memberi panaan hebat kepada hidup seseorang melalui 4 koleksi baharu termasuk Promessa, Wonderyears, So dan Crystalline.
PROMESSA
Nama yang kedengaran manis ini dipinjam dari bahasa Itali bermaksud Janji. Koleksi ini mengambil subjek romantis sebagai sisi utama. Elemen yang nyata dilihat pada majlis perkahwinan seperti renda eksklusif, motif floral serta tekstur dramatik halus, kesemuanya ini disatukan dalam koleksi berkelas Promessa.
WONDERYEARS
Dunia kanak-kanak sering dikelilingi fantasi. Justeru, koleksi Wonderyears yang mengambil ilham dari dunia kanak-kanak ini mengetengahkan konsep yang menggabungkan simfoni dunia imaginasi serta sesuatu yang menyeronokkan.
SO
So menggabungkan inovasi serta prinsip realistik ke dalam rekaan, khusus buat koleksinya yang ini. Perincian yang autentik seperti tekstur lekukkan yang memenuhi segenap permukaan perhiasan dan perkakas adalah sungguh eksklusif, sekaligus tampak mewah bagai butiran bintang yang berkilau di angkasa.
CRYSTALLINE
Hiasan meja adalah penting untuk memberi persepsi dekorasi eksentrik bagi satu-satu majlis. Justeru, apa kata anda aplikasikan norma hiasan dalaman yang menggunakan tukangan seni pewter ini sebagai “center of attraction” yang jitu, selain mampu mengundang rasa kedamaian diselangi cahaya malap.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.royalselangor.com