Sementara kita semua berada di ambang 2016 ini, pasti segala perancangan dan resolusi tahun baru masih lagi segar. Hati pula begitu berkobar-kobar untuk melakukan semuanya sehingga matlamat tercapai.
Sudah tentu, salah satu matlamat positif yang anda ingin lakukan adalah untuk berjimat-cermat. Benar? Tetapi bagaimana agaknya jika anda ingin berseronok tetapi masih lagi berjimat dalam amsa yang sama?
Khas buat anda yang kepingin melancong ke bumi paling indah, Air Asia baru sahaja merealisasikan impian anda untuk terbang ke negara yang digelar “Land of the Long White Cloud” itu. Dengan menawarkan penerbangan tambang murah dari Kuala Lumpur –> Gold Coast (transit) –> Auckland, hanya pada RM499 untuk tambang sehala! Menarik kan? Kerana Air Asia tahu apa yang ada di benak fikiran anda.
Rakyat Malaysia sememangnya gemar melancong ke luar negara. New Zealand pula adalah pilihan destinasi paling hangat untuk individu yang gemarkan aktiviti ekstrem, menikmati pemandangan indah berlatarkan alam semula jadi yang terbentang luas sekaligus merasakan ketenangan yang begitu mengasyikkan.
Walaupun tiket penerbangan ke New Zealand masih lagi mampu di beli, bagaimana pula dengan tempat penginapan, servis pengangkutan, siri lawatan tempatan dan aktiviti menarik lain? Ia tetap membebankan sebilangan individu. Lebih-lebih lagi apabila nilai ringgit Malaysia yang sangat kecil jika di tukarkan dengan mata wang New Zealand Dollar.
Jadi, adakah anda mahu terus melupakan kehendak diri untuk melawat bumi New Zealand? Jangan risau kerana Shopback bisa membantu!
Dengan adanya perkongsian bersama lebih 500 peniaga e-commerce serata dunia, ShopBack akan memberi ganjaran lebih 30%, potongan harga serta rebat kad kredit. Sekarang, para pelancong boleh menikmati kemudahan yang disediakan oleh ShopBack dengan menawarkan servis seperti AirAsiaGo, Agoda, Booking.com, Expedia, Contiki, Lazada dan Taobao untuk mendapat lebih keseronokkan!
Tips Bagaimana Anda Boleh Mendapatkan lebih Ganjanran Tunai Ketika Melancong!
#1 Tidak seharusnya membeli tiket dari AirAsia.com
Ramai yang tidak tahu, sebenarnya AirAsiaGo dan Expedia membekalkan kadar harga yang lebih murah apabila anda menempah tiket serta penginapan. Anda boleh bandingkan harga AirAsia dan Agoda/Booking.com untuk pilihan hotel yang sama. ShopBack Malaysia membolehkan anda mendapatkan 7% Cashback apabila anda membeli. Anda hanya perlu mendafar akaun baru, klik pada butang paparan AirAsiaGo atau Expedia dan boleh terus membeli tiket. Seterusnya, duit akan terus dikreditkan kepada akaun anda.
#2 Tinggal di asrama atau rumah tumpangan jika anda tiada bajet
Agoda dan Booking.com sentiasa memaparkan banyak hotel mampu bayar untuk anda. Mereka turut menyediakan tawaran mingguan untuk pengembara yang sedang berkira-kira.
Anda bisa temui penginapan di dorm berharga hanya RM50 di Auckland dengan beberapa klik. ShopBack Malaysia kini sedang menlakukan promosi Tahun Baru Cina yang berlangsung sehingga hari terakhir perayaan itu bersama Agoda dan Booking.com, di mana pelanggn boleh mendapatkan RM40 Cashback melalui setiap pengesahan tempahan (RM60 untuk pemegang Mastercard).
#3 Pelancongan bermakna bersama Contiki dan sertai aktiviti menarik berserta diskaun di Taobao
Khas buat anak-anak muda dari 18-35 tahun dan benar-benar ingin menjejakan kaki ke New Zealand bersama backpackers yang lain! Sertai Contiki sekarang! Bermula dari pilihan 3 hingga ke 19 hari, Contiki menawarkan pakej fleksibel yang membolehkan anda berseronok dengan menyertai pengembaraan bersama individu yang sekepala dengan anda dari segenap dunia.
Pada masa lapang anda nanti, sertai pengalaman melakukan bungee jump di Harbour Bridge atau melihat ikan paus serta dolphin untuk aktiviti yang lebih kasual!
Selain itu, dapatkan lebih rebat dari Contiki dan menempah pakej pengembaraan yang terdapat di Taobao bila-bila masa untuk mendapatkan 10% CashBack.
#4 Anda boleh menyewa kereta untuk meneroka New Zealand secara solo
Memandu adalah cara yang paling seronok untuk meneroka alam indah di New Zealand. Salah satunya, anda mesti melawat Hobbit’s Village di Matamata. Jangan lepaskan peluang untuk melihat fenomena langit Aurora Australis yang hanya akan muncul di antara bulan Mac dan September di bahagian negeri Wanaka. Anda boleh menempah kereta di Expedia dan mendapat tambahan 8% CashBack ke dalam akaun ShopBack anda.
#5 Rakam detik terbaik dan jadikan ia memori sebenar
Tidak lengkap satu-satu lawatan itu jika tiada foto mahupun rakaman video sebagai kenangan. Lazada terkenal dengan jualan barangan peranti serta gajet berteknologi pada kadar harga hebat! Oleh itu dapatkan kamera Go Pro anda untuk memudahkan hasil tangkapan imej serta rakaman video terbaik. Pelanggan akan mendapat 10% tambahan CashBack apabila mereka membeli di Lazada. Anda juga boleh menyimpan memori anda di dalam travelogue atau kanvas khas dari servis cetakan Photobook Malaysia!
Untuk maklumat lanjut berkenaan servis ganjaran ini, sila layari www.shopback.my.