Jika anda gemar memasak, pasti anda tahu bagaimana pentingnya pengurusan masa supaya masakan anda itu benar-benar menjadi.
Mengikut resepi bulat-bulat sahaja tidak cukup untuk menghasilkan masakan yang enak kerana sedikit sebanyak, perkakas dapur juga bisa memberi kesan kepada hasil masakan. Oleh itu, iainya amat penting untuk anda menggunakan perkakas memasak yang sempurna dan berkualiti tinggi bagi mendapatkan hasil masakan yang hebat!
Baru-baru ini, syarikat pengedar perkakas memasak Oasis Swiss dengan kerjasama gedung atas talian 11street menampilkan alat memasak baru yang mengetengahkan perincian seramik mamar tahan calar, mudah dibersihkan serta tidak melekat. Penggunaan rangkaian periuk dan kuali baharu dari jenama Chefology ini pasti menjadikan pengalaman penyediaan makanan anda lebih seronok!
Bukan itu sahaja, malah salutan seramik marmar yang digabungkan dengan campuran besi itu bisa melindung alatan memasak kesayangan anda daripada berubah warna dan sentiasa kelihatan baru.
Apabila berbicara tentang masakan, haba adalah elemen yang paling penting dalam satu-satu teknik masakan. Dengan adanya tapak aluminium yang melengkapi inovasi ini, anda sudah tidak perlu risau jikalau sebaran haba tidak rata keatas masakan anda.
11 street begitu komited untuk menyediakan keperluan asas yang terbaik buat para pengguna, terutamanya seperti kelengkapan rumah. Menurut Bruce Lim, Presiden Dagangan 11street ini menjelaskan bahawa dalam tempoh enam bulan lalu, terdapat peningkatan sebanyak 75% dalam jualan peralatan dapur yang ditawarkan oleh mereka. Ini menunjukkan betapa rakyat Malaysia sebenarnya berminat membeli peralatan dapur secara atas talian kerana ianya lebih memudahkan. Selain bisa membandingkan harga, anda juga dapat melihat dengan lebih jelas gambaran produk sebenar berserta penerangan lengkap mengenainya.
Untuk pengetahuan umum, pihak 11street amat berbesar hati untuk menerima kehadiran Chefology dalam keluarga niaganya. Justeru, untuk turut berkongsi kegembiraan bersama anda semua, 11 street kini menjalankan satu promosi eksklusif bermula 8 Januari sehingga 7 Februari ini di mana, tawaran diskaun sebanyak 30% akan diberikan ke atas setiap pembelian produk Chefology.
Selain itu, para pembeli di 11street juga layak untuk membeli kuali leper menggoreng 24cm Chefology dengan hanya RM11 apabila membeli-belah mana-mana unit rangkaian dari Chefology dalam tempoh promosi terhad ini.
Anda juga boleh mendapatkan ketujuh-tujuh produk alatan memasak seramik marmar Chefology ini di gedung fizikal AEON, AEON BIG, Aino Living, Isetan, Parkson dan Robinsons.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.11street.my. Cari apa yang anda suka di 11street!