Jenama yang menghasilkan produk serta peranti elektronik bagi melengkapi solusi korporat, CASIO baru-baru ini menampilkan model terkini kamera kompak digital untuk memenuhi keperluan individu yang gemar merakam gambar “selfie”.
EXILIM EX-TR70 berbentuk leper, tirus, berperincian elegan serta dilengkapi mod solekan yang bisa memberi sedikit sentuhan pada rakaman foto dan video agar kompleksi wajah anda tampak lebih mulus dan seolah mendapat solekan profesional.
Pada tahun 2011 lalu, buat pertama kalinya siri kamera digital kompak EXILIM TR ini dilancarkan. Ia direka khas bagi memenuhi permintaan pengguna serta penggemar gajet seluruh dunia terhadap sejenis kamera kompak yang bukan sahaja mesra pengguna, malah mampu menjadikan detik selfie itu sesuatu yang menyeronokkan.
Ciri-ciri unik milik EXILIM TR adalah ia mempunyai engsel yang boleh di lipat, memudahkan kamera untuk berdiri sendiri mahupun digenggam dengan tangan tatkala anda sedang siap bergaya, bersedia untuk beraksi di hadapan lensa dengan pose tersendiri.
Kini, anda tidak perlu risau jikalau tidak mendapat sumber cahaya semula jadi yang secukupnya untuk buat gambar anda kelihatan hebat. Sistem perisian mod solekan serta kecerahan kulit boleh digunakan dengan mudah untuk membuatkan wajah anda berseri-seri dalam sekelip mata. Sekarang, anda tak perlu bersusah-payah menyunting sehingga perlu memindah imej dari kamera ke komputer peribadi untuk proses penyuntingan imej.
Bukan itu sahaja, jika anda gemar merakam video pula, fungsi filem segera ada untuk memudahkan kerja rakaman anda. Lebih menghiburkan, pengguna hanya perlu menekan butang untuk merakam, manakala melepaskan tekanan untuk berhenti merakam. Untuk membuat sambungan video, anda perlu menekan butang itu kembali untuk menyambung rakaman tanpa perlu merakam dari awal. Mudah kan?
Bagi memindahkan imej dari satu peranti ke peranti yang lain, pengguna dengan ringkasnya boleh menggunakan tetapan Bluetooth dan WiFi yang akan menghantar imej secara automatik setelah menekan butang pengatup kamera.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.casio-intl.com. Kamera digital kompak EXILIM EX-TR70 ini akan mula berada di pasaran Malaysia pada Februari 2016. Ia boleh didapati dalam tiga warna versatile iaitu merah jambu, putih dan perang. Harga pasaran yang ditawarkan pula adalah pada RM4, 199 seunit.
Bagi anda yang berminat untuk membuat tempahan para (pre-order), anda boleh melakukannya di seluruh gedung pengedar Casio Exilim yang sah pada 20 Januari, jam 8pm. Terhad kepada 100 unit tempahan awal, anda layak membawa pulang hadiah eksklusif!
Laman Facebook: Casio Exilim Malaysia