Sama ada anda sedar atau pun tidak, kita bakal di meriahkan dengan sambutan Tahun Baru Cina tidak sampai dua minggu dari sekarang. Oleh itu, bagi anda yang akan meraikannya, bagaimana persiapan sehingga kini? Seperti perayaan lain juga, penampilan diri di hari yang mulia mestilah di utamakan.
Memandangkan cuaca tanah air yang panas terik sepanjang hari ini pula, jangan biarkan cahaya matahari merosakkan sensasi pandangan dan personaliti gaya anda. Jika anda nak kelihatan sofistikated pada sambutan perayaan tahun ini, mari kita lihat koleksi kaca mata gelap edisi terkini yang dibawakan khas oleh pengedar kaca mata terkemuka, Luxottica.
Terdapat bermacam gaya rekaan serta seleksi warna yang boleh dipilih mengikut jenama kegemaran anda. Ia menampilkan rona-rona yang padan dengan tema Tahun Baru Cina. Harganya juga berpatutan, selari dengan material serta perincian berkualiti yang digabungkan dalam satu-satu rekaan.
DOLCE & GABBANA MAMA BROCADE
Lihat sahaja koleksi dari Dolce & Gabbana ini. Dihiasi dengan rona serta perincian menonjol. Ilham yang di suntung dari motif floral mawar timbul ini pasti membuatkan gaya anda tampak mewah di pagi sambutan perayaan!
Koleksi ini adalah edisi terhad, hanya terdapat 500 unit sahajaa di pasaran. Bingkai ini akan dibekalkan dalam kotak kaca mata mewah berserta kantung kaca mata yang dibuat dari fabrik sutera.
KOLEKSI DOLCE & GABBANA UNTUK LELAKI
Khas untuk jejaka-jejaka tampan, koleksi dari Dolce & Gabbana ini bisa menghangatkan lagi gaya anda menjelang Tahun Baru Cina. Reka bentuknya kemas, menggunakan rona kuning keemasan melambangkan ‘nasib baik’ buat si pemakai. Model rekaan sesuai untuk dipadankan dengan gaya kasual mahupun korporat sebagai pelengkap gaya sewaktu menghadiri perjumpaan perniagaan di pejabat.
INSPIRASI RENDA GABARDINE OLEH BURBERRY
Potongan bingkai kaca mata yang klasik, dihiasi pula rona warna merah malap sebagai sisi ghairah rekaan, semestinya koleksi ini mendapat tempat di hati para penggemar fesyen sensual. Besi rona emas yang meliputi sisi tepi dahi kaca mata diukir menggunakan teknik yang hanya diguna-pakai untuk pembuatan arca dan barangan kemas dahulu kala. Mewah, tetapi masih lagi menerapkan ciri tradisional unik.
KOLEKSI PRADA UNTUK WANITA
Prada sering dikaitkan dengan gaya yang berperincikan trend estetik. Koleksi yang memancarkan aura feminin ini mengetengahkan gaya anggun lensa lebar serta bingkai tirus untuk gaya fesyen hebat.
KOLEKSI PRADA UNTUK LELAKI
Model terbaharu daripada koleksi kaca mata Prada untuk Lelaki ini merangkumi perincian tajam, menampilkan gaya klasik lensa bersegi untuk rekaan yang lurus dan telus sambil menyelitkan sedikit rasa inspirasi futuristik.
GIORGIO ARMANI UNTUK WANITA
Menyerlahkan lagi tanggapan elegan diri si pemakai, rekaannya lebih menonjol dan berani. Menggunakan tona rona sejuk sebagai sisi utama koleksi kaca mata untuk wanita ini.
EMPORIO ARMANI UNTUK WANITA
Selain menggunakan warna merah yang melambangkan keberuntungan, koleksi ini menggabungkan material unik seperti getah dan aluminium, bentuk geometrikal dan warna terang, membuatkan setiap rekaan dalam koleksi ini menjadi unik.
PRADA LINEA ROSSA
Rekaan koleksi ini mengambil inspirasi dengan menggunakan spektrum warna sebagai rona lensa kaca mata. Palet warna lain adalah termasuk biru, jingga, hijau, perak dan hitam.
KOLEKSI RAY-BAN
Istimewa untuk koleksi musim Bunga/Panas 2016, Ray-Ban menyambut peranannya dalam menjadi penggerak gaya dan fesyen kaca mata dunia dengan menampilkan reka bentuk ikoniknya untuk fungsi optikal dan perlindungan sinar matahari.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.luxottica.com