Jika anda dan keluarga membutuhkan suatu percutian menarik yang bisa mengukir senyuman kepada setiap seorang ahli keluarga termasuk diri anda, semestinya anda mahu berkunjung ke Puteri Harbour, Nusajaya.
Kawasan elit yang sedang membangun itu kini menempatkan banyak taman tema menarik yang sangat sesuai untuk percutian keluarga. Jika anda berkira-kira untuk pergi berbulan madu di sana pun apa salahnya, ini kerana Johor memang kaya dengan tempat-tempat hebat untuk dikunjungi sebagai destinasi pelancongan yang menawarkan pelbagai pengalaman bermakna untuk anda dan pasangan rasai.
Penghujung tahun lepas, penulis di undang mesra untuk mengikuti satu sesi lawatan istimewa ke Puteri Harbour, Nusajaya bagi menjayakan pembukaan Sanrio Hello Kitty Town yang kini berwajah baru dengan berlatarkan tema filem klasik kegemaran kanak-kanak iaitu The Wizard of Oz.
Antara Mercu Menarik Sebagai Latar Rakaman Foto Kenangan Bersama Keluarga
Terdapat banyak tarikan baru yang ada pada taman tema Hello Kitty Town yang telah di ubah-suai ini. Sungguh mengujakan, anak-anak anda pasti gembira sebaik sahaja melangkahkan kaki ke dunia yang penuh magis, menjanjikan pengalaman yang paling mengembirakan.
Untuk pengetahuan anda, Hello Kitty Town terletak dalam kawasan indoor, jadi hanya perlu berjalan kaki jika anda menginap di Hotel Jen. Mudah kan?
Buat para peminat Hello Kitty, anda pasti naik gila sewaktu berada dalam teman tema berkenaan. Walaupun Hello Kitty telah memegang watak sebagai tukang sihir Oz, kecomelannya masih lagi terserlah. Selain bisa mengembara ke alam yang penuh misteri bagi menyelesaikan misi “The Lost Chapter”, membantu Oz dan rakan-rakan menyelamatkan dunia ajaib berkenaan, anda sebenarnya berpeluang untuk mendekati serta mengenali karakter genit berkenaan dengan lebih mendalam.
Berdekatan dengan pintu masuk utama Hello Kitty Town, terdapat beberapa bilik utama yang menempatkan aktiviti-aktiviti menarik khas buat anda sekeluarga menghabiskan masa berkualiti bersama. Anda boleh membakar biskut dan muffin bersama, membuat aneka kraf D.I.Y sebagai buah tangan untuk di bawa pulang atau melawat rumah milik Hello Kitty yang dilengkapi pelbagai ruangan istimewa seperti bilik tidur, kamar mandi, ruang tamu, dapur dan banyak lagi!
Sudah tentu, buat si kaki selfie pula, anda pasti berseronok untuk menempel di segenap ruangan yang berada dalam Hello Kitty Town sebagai latar kepada rakaman foto kenangan bersama keluarga tercinta. Hiasan dalaman yang berwarna-warni itu secara tidak langsung mampu meningkatan mood kebahagiaan anda sekeluarga tahu?!
Setelah penat bermain, perut mesti berkeroncong mahukan sesuatu untuk di jamah. Ha, anda tidak perlu khuatir, kerana Cinnamoroll Café yang berada di pintu keluar ruang cabaran pengembaraan Hello Kitty in Oz bisa menghilangkan dahaga serta kelaparan anda. Pelbagai menu dan hidangan snek tersedia untuk anda dan keluarga nikmati. Tidak kurang juga dengan seleksi hidangan di Red Bow Cafe yang berlokasi di pintu masuk Sanrio Hello Kitty Town.
Jangan lepaskan peluang untuk temui Tin Woodman, Cowardly Lion, Dorothy Gale, Scarecrow dan ramai lagi rakan Hello Kitty yang lain sepanjang pengembaraan anda di dunia Sanrio Hello Kitty Town yang telah bertukar wajah ini! Sebagai kenangan, anda dan keluarga tidak seharusnya lupa untuk membawa pulang barangan istimewa edisi terhad yang hanya boleh didapati di kedai cenderamata “Oz World Alley”.
Klik pada pautan merah untuk baca artikel HELLO KITTY IN OZ: KONSEP FANTASI BAHARU TAMAN TEMA SANRIO HELLO KITTY TOWN DI NUSAJAYA!
Untuk maklumat lanjut mengenai harga tiket terkini serta fasiliti lain yang terdapat di Puteri Harbour Nusajaya, sila layari www.puteriharbour.com