Hello Kitty adalah merupakan ikon animasi comel yang mempunyai jutaan peminat dari seluruh pelusuk dunia! Tidak ketinggalan, Malaysia turut mempunyai reaksi yang sama terhadap ikon pop berkenaan.
Oleh itu, dengan bangganya anda semua di undang untuk turut serta dalam satu acara larian Hello Kitty buat julung kalinya yang bakal diadakan di Kuala Lumpur menjelang 6 Mac 2016!
Ini adalah acara larian bertema sulung yang pernah dianjurkan dalam negara. Hello Kitty Fruity Rush Malaysia 2016 diadakan bagi mempromosi aktiviti larian sihat kepada bukan sahaja golongan muda belia, malah juga bagi golongan kanak-kanak serta kaum ibu dan bapa yang mahu menghabiskan masa terluang bersama keluarga dengan aktiviti bermanfaat sebegini.
Melihatkan persekitaran Malaysia yang kaya dengan ekosistem menarik, tema larian “Fruity Rush” menjanjikan pelbagai aktiviti temasya menarik untuk hiburan anda sekelurga! Ini termasuk permainan zon, gerai foto (photobooth) dan sudut kraf buah-buahan.
Selain itu, tujuan utama larian ini diadakan adalah bagi mengumpul kesemua peminat fanatik Hello Kitty sekitar Malaysia serta para individu yang meminati acara sukan dari pelbagai peringkat umur demi menghabiskan masa berkualiti bersama rakan, keluarga, juga yang tersayang.
“Konsep temasya mengujakan ini adalah khas untuk rakyat Malaysia yang kepingin menyertai acara pesta yang menyeronokkan. Ia di inspirasikan dari watak ikonik yang telah megah sejak 40 tahun dulu”, jelas Daniel Ng, Pengarah Pink Apple (Malaysia) Sdn. Bhd, selaku menganjur acara.
“Ikon legenda ini telah mekar menjadi fenomena hebat dalam kalangan masyarakat dunia tanpa mengira umur mahupun status.”, tambahnya.
Pendaftaran kini dibuka kepada umum dengan mengenakan yuran peserta sebanyak RM150, setiap seorang. Pendaftaran akan ditutup sejurus sahaja tempat dipenuhi. Kesemua peserta akan menerima satu kit perlumbaan yang merangkumi T-Shirt, tag pengenalan perlumbaan, pingat atlet tamat lumba, beg jerut serta rantai kunci bebola.
Larian Hello Kitty daerah Asia Tenggara ini mula diperkenalkan pada tahun 2014 di Singapura. Pada anjuran kali keduanya di Marina Bay Singapura, sebanyak 11,000 orang peserta telah dilaporkan terlibat.
Untuk maklumat lanjut mengenai Hello Kitty Run Malaysia 2016, sila layari www.hellokittyrun.com.my atau lawati laman Facebook rasmi mereka: Hello Kitty Run Malaysia