Sempena dengan World Food Day, Knorr Festival of Flavours telah berlangsung di Giant Batu Caves untuk mengumpul dana bagi membantu menyediakan makanan bagi mereka yang memerlukan. Usaha ini adalah sebahagian daripada misi untuk membantu menamatkan kebuluran.
100 peratus daripada hasil jualan makanan di festival ini telah disumbangkan kepada Stop Hunger Now Malaysia, sebuah pertubuhan amal bukan keuntungan yang berusaha untuk membasmi kelaparan. Setiap kupon makanan yang dibeli semasa Knorr Festival of Flavours adalah bersamaan dengan 10 hidangan berkhasiat yang akan disumbangkan kepada rakyat Malaysia yang kekurangan makanan dan khasiat.
Selain menyediakan pemakanan yang berkhasiat, inisiatif ini juga menjadi insentif untuk menggalakkan rakyat Malaysia bersatu sebagai sebuah masyarakat, dan mengubah hidangan lazat yang disediakan semasa festival menjadi sesuatu yang bermakna bagi orang-orang yang kurang bernasib baik. Knorr Festival of Flavours menyaksikan rakyat Malaysia tampil ke hadapan untuk bersama-sama membantu memberikan makanan yang berkhasiat kepada mereka yang memerlukannya.
“Kami percaya bahawa semua orang harus mempunyai akses kepada makanan yang berkhasiat. Namun realitinya adalah satu daripada empat orang di dunia ini masih tidak mendapat khasiat yang mereka memerlukan untuk menjalani kehidupan yang sihat. Usaha kami sama dengan Stop Hunger Now Malaysia akan membantu kami membawa perubahan positif dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati makanan yang berkhasiat serta berperisa yang boleh membantu mereka mencapai potensi diri yang sepenuhnya. Kami harap Festival of Flavours ini boleh menjadi satu langkah ke arah perubahan dalam usaha untuk mewujudkan sebuah dunia yang bebas daripada kelaparan,” kata Vincent Chong, Pengarah Pemasaran, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/KnorrMalaysia.