Selama dua bulan, kempen “My Scar My Story” terus menyediakan ruang platform media intensif bagi membolehkan anak gadis serta wanita di Malaysia berkongsi pengalaman mengenai cerita di sebalik parut lama mereka, yang sedikit sebanyak bisa menyumbang inspirasi hebat kepada individu lain sejak dilancarkan pada 1 November 2015 lepas.
Selain bertujuan menyebar inspirasi positif kepada individu yang sentiasa dibelenggu masalah kurang berkeyakinan, gelisah dan tidak selesa akan diri sendiri, lebih 100 cerita parut telah di kongsi dan di muat naik ke laman rasmi “My Scar My Story” anjuran Bio-Oil.
Akhirnya, 3 pemenang sumber inspirasi utama telah dipilih berdasarkan nukilan ikhlas mereka. Pemenang tersebut adalah Caroline Yap, Hajarul Felenna dan Arisa Chow. Mereka masing-masing datang daripada pelbagai latar belakang yang bukan calang-calang tetapi berani menghadapi cabaran, melawan faktor negatif agar diri lebih menyerlah bersama Bio-Oil demi memulih parut yang dianggap sebagai simbol ketakutan.
Pemenang pertama, Caroline Yap dihantui suatu tragedi ngeri tatkala dirinya berjalan berseorangan, tanpa disedari dia telah menjadi sasaran peragut yang menyebabkan sebahagian badannya telah ditetak dengan parang tajam. Namun, dia masih lagi beruntung kerana diberi peluang kedua untuk melihat dunia dan itulah salah satu sebab mengapa dia sangat menghargai setiap detik kehidupan yang pernah dilalui. Caroline Yap mendapat 29 jahitan keseluruhan seolah sebagai petanda kepada dirinya kerana keesokkan harinya selepas dia diserang adalah merupakan hari jadinya yang ke -29.
Hajarul Falenna sebagai pemenang kedua yang berumur 26 tahun pula telah menjalani satu pembedahan hingga menyebabkan bahagian belakang badannya mempunyai parut. Dia yang menghidap penyakit scoliosis sejak berumur belasan tahun telah banyak menderita tetapi secara tidak langsung, pengalaman pahit itu sebenarnya menyumbang moral yang menjadikan dirinya seorang insan lebih baik.
Manakala pemenang ketiga, seorang model, Arisa Chow sering mencederakan diri tanpa sedar berhubung dengan tekanan yang dihadapi. Oleh sebab itu, badannya sering berdarah dan calar kerana tabiat diri yang gemar mengaru permukaan kulit secara kasar apabila dirinya gelisah atau marah, terutamanya di bahagian dada kerana itu adalah bahagian yang paling senang dicapai.
Ketiga-tiga wanita ini sungguh berani untuk tampil menceritakan serta berkongsi pengalaman pahit diri bersama umum.
Setiap seorang daripada mereka menerima pakej percutian mewah bertaraf 5 bintang untuk dua orang. Hadiah pertama bernilai RM4, 000, RM3, 000 untuk tempat kedua dan RM2, 000 untuk tempat ketiga. Bukan itu sahaja, sepanjang kempen berlangsung, 5 pemenang yang dipilih setiap minggu juga telah mendapat hamper Bio-Oil yang bernilai RM100 setiap satu.
Laman mikro www.myscarmystory.com.my menerima lebih 53,000 pengunjung yang berminat untuk membaca nukilan menarik serta tips pemulihan parut oleh pakar dermatologi Dr. Nazirin Ariffin dari Pantai Hospital.
Laman ini akan terus berada di rangkaian sesawang sehingga penghujung Mac untuk memberi sokongan, motivasi dan inspirasi kepada yang memerlukan. Parut akan mengingatkan kita kepada satu-satu peristiwa tetapi ia sebenarnya menjadikan setiap seorang daripada kita lebih tabah.
Rujuk artikel: KONGSI, INSPIRASI & RAWAT: MY SCAR MY STORY OLEH BIO-OIL BANTU WANITA MALAYSIA JADI YAKIN DIRI
Keberkesanan Bio-Oil terbukti secara klinikal untuk memulih, mencerah dan memudarkan parut. Ia mengandungi bahan mujarab terdiri dari bunga Chamomile, Lavender, Rosemary dan minyak Calendula yang diperkaya dengan Vitamin A dan E serta bahan mudah serap yang digelar minyak PurCellin.
Tidak seperti cecair minyak biasa, PurCellin menyerap lebih pantas sehingga ke lapisan kulit paling bawah dan tidak melekit. Gunakan dua kali sehari menggunakan sapuan urutan membulat dua kali sehari. Lakukan secara berterusan selama 3 bulan sebelum dapat melihat hasil parut yang semakin memudar dan pulih. *Jangan guna keatas luka atau bekas kecederaan yang belum kering
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.bio-oil.com