ZALORA, destinasi fesyen dalam talian di Asia, mengumumkan kerjasama dengan peruncit fesyen terkemuka, Wing Tai Retail, untuk melancarkan jenama fesyen British Wallis di ZALORA untuk pasaran Singapura, Malaysia, Hong Kong, Filipina, Taiwan, Thailand dan Vietnam.
Ditubuhkan pada tahun 1923, Wallis sejak itu menjadi pilihan terbaik bagi koleksi fesyen high street untuk wanita. Koleksi pakaian wanita direka untuk wanita yang ingin tampil dengan gaya moden kontemporari dan membuatkan si pemakai berasa yakin dan istimewa tidak kira di mana sahaja. Kualiti dan pemilihan fabrik adalah tunjang utama bagi mencapai matlamat jenama ini yang ingin menyediakan pengalaman membeli-belah yang mesra dan menyeronokkan.
Terkenal dengan komitmen mereka untuk gaya dan perincian yang terbaik, dengan gaya ranggi tetapi elegan, Koleksi Wallis Spring 2016 membolehkan wanita untuk menjadi lebih ekpresif melalui pakaian yang mereka gayakan Dengan transformasi daripada warna-warna pastel yang cantik dan cetakan bunga ke rekaan yang lebih moden, koleksi terbaru ini berkisarkan kisah wanita ibu kota yang tidak takut untuk menampilkan sebahagian sisi mereka yang agresif.
Koleksi Wallis 2016 boleh didapati di ZALORA bermula 8 Januari 2016. Miliki gaya London dengan mudah dan nikmati perkhidmatan penghantaran percuma atas pembelian tertentu dan pelbagai kaedah pembayaran termasuk bayar waktu terima di ZALORA.
Peminat fesyen kini boleh membeli Wallis pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui laman web ZALORA dan aplikasi mudah alih bermula 8hb Januari 2016.