Mentholatum memperkenalkan jenama baru siri penjagaan wajah Botanics yang menawarkan anda bukan sahaja hasil kulit terbaik tetapi juga dengan harga yang berpatutan.
Botanics menggunakan hanya ramuan-ramuan berkualiti tertinggi yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan semulajadi untuk memberikan anda pengalaman penjagaan kulit daripada alam semula jadi.
Setiap herba dan bunga-bungaan telah dipilih dengan teliti berdasarkan keunikkannya untuk menawarkan anda penjagaan kulit yang selamat, berkualiti dan berkesan.
Botanics mempunyai empat rangkaian produk iaitu pembersih wajah, pembersih berbuih, pembersih dengan pam dan pupur topeng untuk menawarkan pengguna pengalaman penjagaan kulit berasaskan alam semulajadi yang menenangkan.
Face Wash, 100g (RM14.90)
Pembersih wajah ini sesuai untuk semua pengguna yang memilih tiub yang mudah digunakan dan boleh membersihkan wajah dengan berkesan.
Deep Cleansing Face Wash
Dirumus dengan aroma serai, Deep Cleansing Face Wash memberikan anda keharuman yang menyegarkan. Ia mengandungi ekstrak Ylang-Ylang dan ekstrak Tea Tree sebagai bahan utama. Kandungan lain termasuklah ekstrak teh putih dan daun pokok zaitun yang memberikan kesan pembersihan mendalam, membantu menyeimbangkan minyak dan membebaskan liang roma yang tersumbat.
Pembersih ini juga membantu menentang jerawat dan bintik hitam. Sesuai untuk kulit berminyak dan jenis kulit kombinasi.
Hydra Whitening Face Wash
Ia dirumuskan dengan Arbutin dari ekstrak tumbuhan Bearberry yang membantu menyeimbangkan tona kulit dan meningkatkan kecerahan kulit. Ia juga mengandungi ekstrak dari tumbuhan Agave yang membantu mengekalkan kelembapan kulit dan menggalakkan sintesis kolagen untuk melindungi kulit daripada tekanan alam sekitar.
Pembersih wajah ini berkesan menanggalkan kotoran jauh di dalam kulit, mengawal minyak berlebihan di samping mengekalkan keseimbangan kelembapan pada kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Hydrating Face Wash
Aroma Jasmine memberikan anda perasaan tenang ketika anda mencuci wajah. Pembersih ini membekalkan kelembapan yang mendalam agar kulit kekal lembap dan lembut.
Ia mengandungi ramuan bunga Calendula dan Jasmine sebagai bahan utama dan juga ekstrak Aloe dan Violet yang berkesan memberikan hidrasi pada kulit. Manfaat menenangkan juga memberi nafas baru pada kulit yang kering, rengsa dan sensitif. Sesuai untuk jenis kulit kering dan juga kombinasi.
Pore Refining Face Wash
Mengandungi aroma Orange Flower yang menaikkan semangat, pembersih ini membersihkan liang-liang pori secara mendalam untuk menghilangkan minyak dan kotoran.
Ia mengandungi ramuan herba Rosemary dan bungaan Witch Hazel sebagai bahan utama dan juga bijian Lentil serta Teh Hijau yang membantu mengecilkan liang pori, mengawal minyak dan bakteria yang menyebabkan jerawat. Ia sesuai untuk jenis kulit berminyak dan kombinasi.
Pump Wash, 150ml (RM21.90)
Pembersih dengan pam sememangnya mudah dan ia mengawal jumlah penggunaan yang lebih berkesan. Hanya perlu satu atau dua pam sahaja untuk pembersihan muka dengan efektif.
Deep Clean Face Wash
Mengandungi ramuan bungaan Ylang-Ylang dan Ekstrak Tea Tree sebagai bahan utama untuk mengawal minyak, menetang jerawat dan juga menenangkan kulit. Ia juga mengandungi ramuan yang berkesan untuk menenangkan dan melembapkan kulit seperti Mentimun dan Aloe Vera
Aroma serai memberikan kesegaran pada kulit anda ketika anda membersihkan wajah dan menyumbang kepada mood yang menenangkan. Ia sesuai untuk jenis kulit berminyak dan kombinasi
Moisturising and Brightening Face Wash
Dirumuskan dengan Minyak Rosehip yang kaya dengan Vitamin C dan ekstrak serbuk Mutiara untuk membantu mencerahkan, menyeragamkan tona kulit untuk memberikan anda kulit yang lebih cerah berseri. Ia sesuai untuk semua jenis kulit
Sheet Mask, 22ml/paket (RM6.90)
BOTANICS Sheet Mask diperkaya dengan pati herba dan Asid Hialuronik untuk mengembalikan kelembapan dan menyegarkan kulit. Ia hadir dalam 5 varian seperti berikut:
Aloe Vera Hydrating Facial Mask
Diformulasi dengan adunan yang terbaik daripada Ekstrak Herba Semula jadi seperti Aloe Vera dan bungaan Narcissus yang menghidratkan dan melegakan kulit di samping menyerikan semula kulit kusam dan letih. Pupur ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kering.
Pomegranate Anti-Oxidant Facial Mask
Diadun dengan Delima dan ekstrak herba semula jadi, ia melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas yang menyebabkan penuaan kulit. Ia juga membangkitkan dan melembapkan kulit dengan antioksidan semula jadi. Pupur ini sesuai untuk semua jenis kulit.
Rosemary Pore Refining Facial Mask
Dengan herbal Rosemary dan ekstrak bungaan Witch Hazel sebagai bahan-bahan utama, pati-pati herba dalam pupur ini membantu mengurangkan penampilan liang pori untuk tekstur kulit lebih halus, lembut dan licin sambil mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit. Ia juga diperkaya dengan Vitamin B3 untuk melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar. Pupur ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak dan kombinasi.
Rosehip Oil Brightening Facial Mask
Minyak Rosehip adalah kaya dengan Vitamin C untuk membantu mencerahkan warna kulit dan meningkatkan seri cahaya kulit menjadikan kelihatan sihat dengan seri semula jadi yang dipertingkatkan. Ia juga diperkaya dengan Vitamin B3 yang melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar sambil membantu memulihkan kulit kusam dan menyeragamkan tona kulit untuk kulit yang lebih berseri dan sihat. Pupur ini sesuai untuk semua jenis kulit.
Lavendar for Soothing Facial Mask
Segar dan bertenaga semula dengan ramuan-ramuan ekstrak bungaan Lavender dan Chamomile yang membantu untuk menenangkan dan menyegarkan kulit. Ia juga membantu mengembalikan kelempbapan kulit sambil melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar. Pupur ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit sensitif.
Rangkaian BOTANICS boleh didapati secara eksklusif di Guardian seluruh negara bermula Januari 2016.