Pemaju Niche Property, Urbanspace Sdn Bhd, baru-baru ini selamat melancarkan penbangunan fasa kedua baru The Row yang telah lengkap berlokasi di Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur. Blok Utara baharu di The Row telah pun dibuka kepada umum dan kini memuatkan lebih 6 buah penjaja eksklusif termasuk kedai menjual peralatan sukan ekstrem, restoran, kafe dan bar.
The Row menggabungkan perniagaan ‘elektik’ dan F&B (Food & Beverage) di bawah satu bumbung bangunan yang meriah -juga bakal menawarkan perkhidmatan sewaan ruangan pejabat dan bagi penganjuran majlis, selain kedai jualan runcit dan restoran.
Sebelum ini, tanah The Row terdiri daripada 12 buah unit rumah kedai, manakala Blok Utara yang telah lengkap kini pula adalah jauh tidak sama seperti kompleks pusat membeli-belah dan pembangunan bertingkat seperti apa yang kebanyakkan rumah kedai lama tawarkan.
Halaman depan deretan kedai kini nampak lebih santai ala hipster, memperluaskan lagi Jalan Doraisamy di mana pengunjung bisa berjalan terus dari satu kedai ke kedai yang lain melalui hamparan pejalan kaki yang di bina secara bersambung pada ruang hadapan deretan kedai Blok Utara The Row sepanjang 4 meter.
Bukan itu sahaja, keliling kawasan The Row itu juga telah dihiasi dengan pokok segar nan menghijau, termasuk jenis tumbuhan menjalar yang bakal meredupkan kawasan depan kedai yang dilitupi kanopi keluli gaya moden. Sesungguhnya, plaza hadapan ini dibina bagi menarik kehadiran lebih ramai penjaja, pelanggan serta masyarakat untuk memanfaatkan tempat ini sebagai lokasi kasual atas tujuan menghabiskan masa lapang serta bersiar-siar.
Berbicara berkenaan konsep bahagian dalam banggunan, terutama di tingkat atas deretan kedai pembinaan fasa kedua The Row ini, beberapa ruangan kosong telah di tranformasi kepada ruangan kondusif, termasuk ruangan untuk di sewa seperti 2 buah loteng yang boleh dijadikan sama ada rumah mahupun tujuan kegunaan komersial berserta satu bahagian atap teres (roof top) deretan kedai yang menghadap Jalan Sultan Ismail.
Fasa pembinaan baru The Row juga membawakan pelbagai jenis penjaja yang datang dari bermacam jenis latar belakang menarik terdiri dari 2 Ox, sebuah bistro Perancis eksklusif yang merupakan anak hartanah kepada Maison Francaise; Whell Love Skateshop, kedai yang menjual dan menyediakan kelenkapan alatan sukan papan luncur (skate board); Bacchus, bar eksklusif yang menyediakan variasi minuman wine berkualiti dari luar negara dan Timbre @ The Row, cawangan pertama di Malaysia bagi restoran/bar muzik live popular yang berpangkalan di Singapura.
Jelas Chan Chia Lin, Pengarah Urbanspace Sdn Bhd “Kami begitu komited untuk menyediakan satu tempat istimewa yang menawarkan pelbagai fungsi untuk di nikmati bagi semua golongan masyarakat di kota metropolitan Kuala Lumpur. Dengan harapan, pembukaan fasa kedua ini akan menjadi lebih menarik, diserikan dengan kehadiran dan sokongan para penjaja baharu yang bisa memenuhi permintaan orang Malaysia yang tercari-cari tempat selesa untuk menghabiskan masa lapang.”
Sejak pelancaran fasa satu The Row pada bulan Julai 2015 yang lepas, ia telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari orang awam. Oleh itu, Blok Selatan kini yang sedang berada dalam proses pembinaan dijangka siap sepenuhnya pada suku kedua 2016.
Untuk maklumat lanjut, sila layari therowkl.com.