Jenama pengeluar alatan berteknologi yang mampu mengesan serta menjejaki amalan kesihatan harian manusia termasuk aktiviti kesihatan dan kecergasan seseorang individu, Fitbit kini tampil memperkenalkan Fitbit Alta iaitu sejenis gelang tangan getah nipis dan bergaya yang bisa di tetapkan untuk mengikut cita rasa gaya si pemakai, malahan ciri-ciri kesihatan dan kecergasan yang dilengkapi bersama dalam peranti berkenaan mampu merekod serta menjejaki rutin senaman anda di samping memberi anda motivasi positif untuk menolak anda terus ke hadapan.
Fitbit Alta di reka dengan kemasan satin, badan keluli tahan karat dan perincian yang membolehkan pengguna menukar tali getah yang berlainan warna mengikut gaya yang ingin ditampilakan mengikut kesesuaian majlis. Tambahan pula, pengesanan aktiviti harian itu akan berfungsi secara automatik, termasuk waktu tidur dan senamana seseorang. Ia juga di lengkapi sistem peringatan khas buat si pemakai agar sentiasa peka akan waktu untuk lakukan rutin senaman mahupun aktiviti kecergasan.
Fitbit Alta ini dijangka akan berada di pasaran Malaysia bermula Mac 2016 untuk turut serta bersama koleksi Jam Tangan Pintar untuk Kecergasan, Fitbit Blaze yang baru sahaja menerima anugerah.
“Tidak kira di mana sahaja anda berada, di pejabat mahupun saat ketika berada di gim, rekaan versatile untuk teknologi penjejaki kecergasan yang efisyen ini pasti akan lebih memudahkan hidup anda selain melengkapi gaya fesyen masa kini anda”, jelas James Park, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Fitbit.
“Alta ini adalah khas buat mereka yang tercari-cari akan jalan pintas untuk mendapatkan sokongan motivasi ringkas setiap hari agar ianya sesuai dengan gaya peribadi mereka”, tambahnya.
Pelbagai Gesaan Motivasi Untuk Anda Capai Matlamat
Fitbit Alta akan bantu anda kekal aktif dan mengurangkan masa pegun anda. Kajian menunjukkan bergerak selama beberapa minit setiap jam akan bantu anda meningkatkan metabolismada mengurangkan impak negatif duduk.
Dengan menggunakan arahan berkala, Fitbit Alta akan menggalakkan anda untuk mencapai matlamat melakukan 250 langkah dalam satu-satu masa (jam) iaitu lebih kurang 2-3 minit berjalan kaki. Apabila anda meyelesaikan matlamat, peranti itu akan mengucapkan tahniah kepada anda,. Hebat bukan? Jangan risau, tatkala anda menghadiri mesyuarat penting, anda bisa menetapkan fungsi “Do Not Disturb” agar sistem berkenaan tidak akan mengambil masa mustahak anda untuk menggesa anda melakukan senaman.
Menjadi Peneman Gaya Yang Versatile
Selain fungsi dan ciri peringatan untuk bergerak, Fitbit Alta juga dilengkapi sistem SmarTrack untuk mengenal pasti senaman anda secara automatik, aplikasi matlamat senaman mingguan untuk bantu anda merancang rutin senaman mingguan serta penjejak aktiviti harian dan waktu tidur automatik bagi mengawal pengurusan masa yang betul ke atas diri anda di samping penggera bergetar yang boleh di laras mengikut pilihan anda.
Selain menggunakan teknologi yang bermutu, Fitbit Alta ini boleh dijadikan sebagai aksesori yang versatile. Rekaannya cukup anggun dan bakal diperkenalkan dalam rona emas tidak lama lagi. Talinya boleh ditukar kepada warna-warna menarik yang lain untuk keselesaan serta melengkapi gaya keperibadian yang jelas.
Apa yang lebih menarik, peranti ini turut disertakan dengan skrin paparan OLED agar pancarannya lebih jelas dan mudah dibaca yang boleh diatur kepada pandangan potret mahupun landskap, memudahkan pengaksesan maklumat harian anda.
Bukan itu sahaja, inovasi Fitbit Alta telah sekian lama berkejasama dengan jenama fesyen antarabangsa Tony Burch untuk mentransformasikan Fitbit kepada sejenis aksesori yang lebih mengancam!
Sentiasa Berhubung Demi Memaksimakan Hari Anda
Dengan adanya sambungan Bluetooth Smart Connectivity, peranti Fitbit Alta ini bisa menerima sebarang panggilan, mesej dan notifikasi kalender melalui pergelangan tangan anda abila telefon pintar anda berada di kawasan berdekatan yang boleh di capai oleh sambungan Bluetooth berkenaan menggunakan sistem penggera bergetar. Daya hidup baterinya pula bisa tahan selama 5 hari walaupun ia berfungsi sepanjang masa ketika anda tidur supaya anda tidak ketinggalan!
Peranti Fitbit Alta ini adalah serasi untuk di dambungkan kepada lebih 200 jenis Android, iOS dan alatan mudah alih Windows dan komputer.
Jika berminat, anda boleh mendapatkan koleksi Fitbit ALta ini yang akan mula di edarkan kepada cawagan pengedar sah seluruh Malaysia termasuk A One Plus, All IT Hypermarket, Courts Malaysia, Harvey Norman, iStore, iTworld, RadioShack dan Senheng. Harga yang di tawarkan adalah bermula RM600 seunit.
Pada hari pertama jualannnya, anda berpeluang mendapatkan set tali gegelang getah berwarna hitam, biru, biru kehijauan (teal) dan plum pada harga Rm130, kelabu (graphite) dan merah jambu pudar pada harga RM250.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati:-
Facebook: www.facebook.com/FitbitMY
Twitter: www.twitter.com/fitbit
Instagram: www.instagram.com/fitbit