Di sebabkan Wanista baik hati sangat hari ni, kami nak kongsikan bersama dengan anda satu lagi resepi manisan mudah yang bisa buat anda ketagih!
Penulis tak pasti sama ada anda pernah makan manisan keluaran jenama bijirin Kellogg’s yang digelar Rice Krispies Treats, popular pada era 90-an dulu.
Sayang, kerana agak sukar untuk mencari snek Rice Krispies Treats di mana-mana pasaraya sekitar Malaysia kini. Jadi, daripada berpenat-lelah mencari, ada baiknya kita cipta kembali satu resepi baru yang di adaptasi dari snek manisan rangup legenda ini.
Terpulang kepada anda sama ada anda tetap mahu menggunakan bijiran Kellogg’s Rice Krispies mahupun bijiran lain (Koko Krunch/Corn Flakes/Honey Stars/Kellog’s Frosties/Milo/Trix), tetapi penulis ingin mencuba sesuatu kelainan dengan menggunakan bijirin Froot Loops!
Tak tahu bagaimana penulis ingin gambarkan kenikmatannya. Tetapi sumpah, manisan ni sedap sangat untuk di buat kudap-kudapan. Teksturnya liat sedikit, mungkin disebabkan bahan utama yang menggunakan Marshmallow. Apabila dikunyah, anda akan rasa betapa enaknya snek ini dengan kerangupan yang berganda! Mengimbau memori sungguh!
Kanak-kanak mesti sukakan snek hidangan ini! Selain untuk tujuan hidangan makan bersama keluarga, anda juga boleh jadikan ini sebagai hidangan pencuci mulut untuk acara keramaian, mahupun sebagai pengganti bahulu dan kek span yang lazim di jadikan buah tangan kepada tetamu undangan pada hari bahagia anda.
Dah sedia pen dan kertas?
Nota: Resepi ini untuk dulang 8 x 8
Bahan-Bahan:
- 35g Butter (cairkan)
- 250g Marshmallows Putih
- 5 cawan Bijirin Froot Loops
- Sedikit madu (jika mahu lebih rasa manis)
Cara-Cara:
- Campur dan gaul sekata butter yang telah di cairkan bersama marshmallows di atas api perlahan sehingga kondisinya memekat.
- Setelah campuran butter dan marshmallows cair dan likat, masukan Froot Loops dan gaul bersama sehingga semua bijiran tersalur dengan cairan marshmallows.
- Ratakan campuran pada dulang pembakar bersaiz 8 x 8 atau acuan pilihan anda yang telah di sembur dengan penyembur tidak melekit atau di gris dengan butter terlebih dahulu, sebelum anda sejukkannya di dalam.
Nota: Diingatkan supaya anda bekerja dengan cepat, jika tidak ianya akan mengeras dan sukar di bentuk.
Selamat Mencuba!