Ala bosannya rupa rumah sekarang ni! Inginkan perubahan? Ini Wanista kongsikan tips dan cara mengecat rumah dengan mudah. Dah tak perlu panggil orang lagi, anda pun boleh cat rumah sendiri bak profesional.
Mengecat bilik adalah salah satu cara untuk mentransformasikan ruang yang sedia ada kepada rupa yang baru dengan paling cepat dan tidak begitu mahal.
Sesetengah orang pasti mengalami kesukaran untuk membayangkan sebuah bilik yang mempunyai warna cat yang baru tetapi kini anda tidak perlu risau lagi kerana kami mempunyai cara yang mudah untuk mengatasi masalah anda iaitu dengan meggunakan Dulux Visualizer.
1. Untuk memastikan anda mendapat hasil yang sempurna, anda harus senantiasa mengecat lapisan dasarnya walaupun anda ingin melakukan proses pengecatan semula. Ini kerana ia akan munutup dan menggantikan warna cat yang asal serta dapat memastikan lapisan cat yang baru ini mempunyai adhesif yang sempurna. Lagi-lagi apabila anda ingin mengecat permukaan yang mempunyai minyak dan thinner sebagai bahan dasarnya atau lebih dikenali sebagai cat gloss dan cat enamel.
2. Di Dulux, anda akan berpeluang untuk memilih jenis cat daripada pelbagai pilihan yang ada seperti Dulux PureAir yang merupakan jenis cat yang paling sesuai untuk ruang seperti di kamar tidur anda. Cat ini bukan sahaja mengambil masa yang singkat untuk kering malah ia juga tidak mempunyai bau yang kuat dan dapat membersihkan udara di dalam bilik itu. Ini bermakna anda tidak perlu menunggu lama dan boleh terus menggunakan bilik tidur anda selepas cat sudah kering.
3. Nak mengecat kenalah ada berus, jadi anda gunakan sahaja berus-berus terpakai yang ada dalam stor. Berus-berus terpakai ini mungkin sudah keras kerana telah lama dibiar dan tidak digunakan. Salah satu cara mudah untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan mencelupkan bulu berus itu semalaman dalam air cuka. Dengan menggunakan cara ini, bulu berus anda akan menjadi lembut dan boleh digunakan semula tanpa perlu mengeluarkan duit sesen pun.
4. Berus-berus cat anda kini sudah menjadi lembut dan sesuai untuk digunakan semula. Kemudian, jika anda bercadang untuk rehat seketika daripada melakukan proses pengecatan pada hari tersebut, anda boleh membalut berus-berus cat dengan menggunakan beg plastik dan ikatkannya dengan getah bagi mengelakkan bulu berus itu menjadi keras semula.
5. Terdapat cara yang terkini selain daripada menggunakan pita pelekat, anda boleh mencuba gunakan Vaseline! Ya, Vaseline atau mana-mana minyak di rumah yang mengandungi petroleum jelly. Bahagian-bahagian dinding yang mempunyai lapisan Vaseline ini akan melindungi daripada terkena cat dan ia amat mudah untuk dibersihkan. Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana kebarangkalian untuk permukaan dinding untuk rosak adalah minimum jika anda menggunakan petroleum yang mengandungi jelly berbanding dengan pita pelekat.
6. Kepada mereka yang berani untuk mencuba mengecat dengan tidak menggunakan pita pelekat atau petroleum jelly, pastikan anda menggunakan berus yang berbulu keras. Kelebihan menggunakan berus yang berbulu keras ini adalah anda tidak perlu untuk membersihkan petroleum jelly selepas proses pengecatan dijalankan tetapi anda perlu lebih berhati-hati semasa melakukan proses pengecatan itu.
7. Kain basah atau tisu haruslah sentiasa mendampingi anda atau berada pada tempat yang senang untuk dicapai kerana jika terdapat perkara-perkara yang tidak dingini berlaku, anda boleh terus menggunakan kain basah atau tisu itu sebelum cat menjadi kering.
8. Kita seringkali membalut set perabot dengan menggunakan plastik semasa proses mengecat sedang dijalankan agar cat tidak terkena pada perabot-perabot itu. Bagaimana pula dengan perabot atau benda yang dipasang pada dinding seperti kerusi tandas atau lampu chandelier? Cara yang paling bijak untuk melindungi perabot-perabot sebegini adalah dengan menutup dengan menggunakan balutan plastik yang biasa digunakan untuk membalut makanan. Ini kerana, plastik untuk membalut makanan ini mudah untuk digunakan dan boleh membalut permukaan atau kawasan yang sukar untuk dicapai.
9. Satu lagi perkara adalah proses pengemasan dan pembersihan selepas mengecat. Proses ini akan menjadi sukar jika terdapat benda-benda yang kecil dan perabot yang dipindahkan keluar dari bilik itu. Satu tip mudah untuk menyenangkan proses pembersihan adalah dengan membaluti dulang cat menggunakan beg plastik kerana beg plastik ini dapat menyingkatkan masa untuk proses pembersihan. Setelah anda selesai menggunakan satu warna cat atau selesai mengecat pada hari itu, anda hanya perlu membuka balutan pada dulang cat dan membuangkannya.
Dulux mempunyai lebih 2,000 warna yang boleh digunakan untuk memperbaharui imej rumah anda supaya menjadi rumah idaman yang anda impikan pada tahun ini. Jika anda inginkan maklumat selanjutnya, sila layari laman web Dulux di http://www.dulux.com.my.