Anda peminat tegar kumpulan 5 Seconds of Summer (5SOS)? Jangan gusar kerana 4 sekawan itu bakal menghiburkan anda dengan persembahan hangat yang pasti buat anda teruja!
INTI International University & Colleges yang merangkap penaja rasmi untuk anjuran konsert LIVE 5SOS ini dengan berbesar hati menawarkan lebih 30 pasang tiket percuma istimewa untuk para peminat fanatik band itu! Termasuk pas eksklusif untuk VIP Soundcheck dan tiket untuk duduk di bahagian lubang pentas (pit) yang di anggarkan berjumlah RM700 setiap satu.
Anda yang berminat boleh mencuba nasib dengan menyertai beberapa peraduan anjuran INTI antaranya INTI SPM Quiz, Peraduan lagu mingguan (Instagram), Peraduan Trivia & Slogan 5SOS (Facebook) serta Peraduan bergambar bersama patung kadbod (standee).
INTI SPM Quiz
Melalui peraduan ini, peminat tidak boleh memenangi tiket konsert ini sendiri, sebaliknya, ia memerlukan penglibatan daripada ibu dan bapa peminat. Si ibu atau bapa perlu memenangi tiket ini untuk anak mereka dengan mendaftarkan diri serta menjawab 5 soalan ringkas berkenaan INTI dan band 5SOS di newinti.edu.my/5sos.
Sehubungan dengan itu, untuk ujian kedua, ibu atau bapa yang telah menjawab soalan di laman sesawang pada fasa pertama perlu menghadiri sesi ujian aneka pilihan selama 60 minit bagi menjawab kertas soalan objektif SPM sebenar yang terdiri daripada pelbagai subjek teras sekolah termasuk Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Fizik, Kimia, Biology, Perdagangan dan Ekonomi Asas. Sebagai ganjaran, ibu atau bapa peminat yang mendapat markah paling tinggi akan memenangi tiket 5SOS. Pendaftaran untuk peraduan INTI SPM Quiz ini akan tamat pada hari Jumaat, 26 Februari 2016.
Tujuan INTI mengalu-alukan penglibatan ibu bapa dalam acara peraduan menarik ini adalah sebagai salah satu inisiatif bagi memberi kesedaran dan pengalaman bernilai kepada ibu bapa, untuk merasakan sendiri bagaimana perasaan ketika menjawab soalan peperiksaan seperti yang di alami oleh anak mereka. Dengan itu, secara tidak langsung, aktiviti ini juga mampu menjalinkan silaturahim sesama ibu dan bapa untuk mengulangkaji bersama dengan anak-anak mereka sebagai persediaan.
Peraduan Song of the Week
Peminat harus menggunakan hashtag #INTIx5SOS serta menjadi pengikut @inti_edu di laman sosial Instagram, sebelum memuat naik imej yang menggambarkan lagu mingguan pilihan.
INTI akan berkongsi lagu mingguan pada setiap hari Isnin sepanjang bulan Februari di Instagram. Peraduan ini akan berakhir pada hari Ahad, 28 Februari 2016.
Hadiah adalah termasuk sepasang pas VIP Soundcheck dan tiket pit, sepasang tiket Kategori 1, 5 pasang tiket Kategori 2 dan 40 buah beg cenderahati yang mengandungi barangan edisi terhad eksklusif 5SOS.
Peraduan 5SOS Trivia & Slogan
Peminat harus melengkapkan slogan dan menjawab beberapa soalan mudah yang akan di paparkan melalui akaun rasmi Facebook INTI pada hari Isnin, 15 Februari 2016. Tarikh tutup adalah pada Ahad, 28 Februari 2016.
Ganjaran istimewa buat para pemenang adalah termasuk sepasang pas VIP Soundcheck dan tiket pit, sepasang tiket Kategori 1 dan 5 pasang tiket Kategori 2.
Peraduan Snap the Standee
Khas buat para pelajar INTI, jangan lepaskan peluang untuk memenangi tiket eksklusif 5SOS hanya dengan menggunakan hastag #INTIx5SOS, menjadi pengikut @inti_edu di instagram dan memuat naik foto diri mereka bergambar bersama mana-mana patung kadbod 5SOS yang berada di sekitar kampus INTI. Peraduan ini akan tamat pada Ahad, 28 Februari 2016.
Sebagai ganjaran, pemenang bakal menerima sepasang pas VIP Soundcheck dan tiket pit, sepasang tiket Kategori 1 dan sepasang tiket Kategori 2.
Tahun ini, INTI akan menyambut ulang tahun yang ke -30. Justeru, bagi memeriahkan lagi sambutan keberadaannya sebagai salah satu institusi pendidikan swasta yang berkaliber di tanah air, INTI mahu menyediakan pelbagai platform inisiatif yang bisa menggalakkan penglibatan anak muda Malaysia.