Bersempena dengan sambutan Hari Kekasih 2016 ini, sebagai pasangan kekasih yang ideal, anda mestilah nak beri bingkisan yang terbaik dan bersesuaian dengan minat jejaka hati idaman anda itu. Betul tak?
Tidak dinafikan, memang agak sukar untuk mencari hadiah yang paling best untuk lelaki. Tidak kisahlah individu lelaki itu adalah ayah, abang, adik lelaki, pakcik, atuk mahupun teman lelaki, mesti anda yang perempuan ini sering pening kepala fikirkan hadiah apakah yang paling sesuai untuk di beli buat mereka itu semua.
Istimewa untuk Hari Kekasih 2016! Syarikat pengeluar alatan dan aksesori paranti bermutu, Logitech ingin berkongsi idea terbaik yang bisa membantu anda membuat pilihan hadiah paling tepat untuk kekasih kesayangan.
Sudah menjadi lumrah, lelaki dan gajet berteknologi tidak dapat di pisahkan. Mereka mempunyai minat yang mendalam terhadap barangan berharga berkenaan. Tidak kisahlah ianya peranti mahupun sekadar aksesori perhiasan untuk melengkapi satu-satu koleksi peribadinya, mereka seolah tidak punyai masalah langsung untuk melabur duit yang banyak bagi memiliki barangan keperluan yang bisa mencecah ribuan ringgit itu.
Jadi, untuk merealisasikan impian jejaka hati anda, apa kata hadiahkan sahaja mereka dengan barangan keluaran Logitech! Seperti yang kita semua tahu, Logitech sentiasa peka dan komited untuk menghasilkan peranti serta aksesori menarik, selari dengan tuntutan mesra pengguna yang menepati rekaan terkini.
Untuk Yang Gemar Melepak Di Sofa
Papan kekunci terkini, Logitech K400 Plus amat sesuai buat si dia yang gemar melakukan kerja di atas sofa empuk. Keluaran papan kekunci yang ini direka khas untuk memudahkan pengguna memanfaatkan jenis sambungan TV-komputer.
Bukan itu sahaja, untuk menyediakan Logitech K400 Plus ini pun adalah semudah ABC! Apa yang anda perlu lakukan, dengan ringkasnya anda boleh terus pasangkan penerima Unifying ke dalam slot USB port dan ia sedia untuk berfungsi!
Tiada apa yang lebih romantik seperti menonton filem kegemaran anda bersama dengan si dia bukan? Okay! pergi dapatkan papan kekunci K400 Plus dari Logitech ini untuk si dia sekarang!
Untuk Si Workaholic!
Jika pasangan anda adalah seseorang yang begitu sibuk sehingga memerlukan dirinya untuk bergelumang dengan 3 ke 4 peranti dalam satu-satu masa, papan kekunci Logitech K380 anda pilihan yang terbaik!
Direka bagi memperbaiki kecekapan, peranti ini bukan hanya mampu menyokong ciri keselesaan pengguna untuk menaip, malah juga bisa berfungsi ke atas sambungan terhadap beberapa sistem operasi yang berlainan.
Yang lebih menyeronokkan, papan kekunci khas ini adalah bersaiz kompak yang membolehkan tuannya membawa ia ke mana-mana sahaja kerana beratnya hanyalah 400g. Ringan kan?
Untuk Pencinta Muzik
Jika kekasih anda itu adalah seorang ‘mat jiwang’, anda mungkin boleh hadiahkan dia dengan aksesori peranti muzik! Dia pasti bukan setakat jatuh hati pada anda, bahkan juga jatuh hati dengan keluaran Logitech X50 ini.
Ia hanyalah sebesar tin tuna, aksesori peranti ini boleh menghasilkan bunyi pada kadar yang pelbagai. Tambahan pula, ia bukan sahaja hadir dengan bateri yang boleh di cas semula, malahan pengguna boleh mendengar muzik selama 5 jam tanpa henti bagi satu-satu pengecasan tunggal.
Untuk Si Kaki Game
Jika si dia gemar menghabiskan masa lapang untuk bermain game, hadiahkan lah dirinya dengan Logitech G633 Artemis Spectrum ini. Peranti ini direka istimewa oleh pasukan kejuruteraan bunyi Logitech yang memiliki kepakaran serta pengalaman penghasilan audio lebih 25 tahun.
Logitech G633 ini akan menyampaikan bunyi atau audio paling jelas seolah anda sendiri yang sedang beraksi secara realiti di dalam permainan video berkenaan! Ia juga boleh dilaras, serta dilengkapi dengan pencahayaan RGB dan atur cara kekunci G-keys.
Untuk Si Fanatik Apple!
Logitech CREATE yang dilengkapi dengan papan kekunci bercahaya serta sambungan pintar untuk iPad Pro ini akan menjadi hadiah Hari Kekasih yang paling sempurna untuk teman lelaki anda yang gilakan jenama Apple.
Selain rekaannya yang anggun dan bergaya, ia sudah cukup untuk mencairkan hati para peminat peranti Apple seantero dunia. Fungsi sambungan pintar yang dimiliki oleh aksesori ini tidak lagi memerlukan pengguna untuk menggunakan Bluetooth mahupun sebarang pengecasan.
Pengguna hanya perlu meletakkan iPad Pro dalam posisi menaip dan Logitech CREATE ini telah siap untuk digunakan begitu sahaja tanpa memerlukan apa-apa jenis wayar sambungan. Teknologi sambungan pintar membolehkan CREATE hidup tanpa perlu melakukan pengecasan berasingan seperti peranti dan aksesori papan kekunci yang lain.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.logitech.com