Saban musim, ada sahaja koleksi rangkaian kaca mata terkini di reka untuk menepati ciri pemakaian serta fesyen moden.
Oleh kerana individu masyarakat sekarang gemar menggayakan sesuatu barangan yang unik ala klasik, kebanyakkan rekaan fesyen termasuk aksesori tidak lupa untuk di sisipkan dengan perincian serta gaya nostalgia, namun dalam masa yang sama tidak mengetepikan fungsi kepelbagaian serta ciri kemesraan pengguna.
Pengedar kaca mata terkemuka dunia Luxottica ingin memperkenalkan anda dengan koleksi kaca mata “Aviator” yang sofistikated serta klasik oleh 3 jenama termahsyur yang selalu menjadi perhatian dalam arena fesyen antarabangsa.
RAY-BAN
Sudah di ketahui, Ray Ban adalah satu-satunya jenama kaca mata yang mula membawa masuk gaya Aviator sehingga berjaya memukau para peminat fesyen seluruh dunia.
Ray Ban mula mengorak langkah mencipta kaca mata kalis sinaran matahari untuk para juruterbang Tentera Udara Amerika Syarikat sekitar tahun 1937 dan dari situlah lahirnya rekaan kaca mata Aviator yang anggun dan mewah.
Bagi koleksi Musim Bunga/Panas 2016, Ray-Ban menyambut peranan legendanya sebagai peneraju rekaan trendsetter berkenaan yang menggabungkan kedua-dua fungsi utama kaca mata gelap iaitu sebagai pelindung silau mata dan penglihatan. Koleksi HAVANA memuatkan 4 rekaan paling terkenal dari Ray-Ban termasuk Aviator, Shooter, Outdoorsman dan Caravan.
Dolce & Gabbana
Garisan bersegi yang diselangi dengan sifat elegan berani menghiasi bentuk kaca mata dari Dolce & Gabbana untuk lelaki kali ini. Rekaan bingkai klasik yang di beri nyawa baru ini terdiri daripada palet warna yang menggabungkan rona perak keluli mewah.
Prada
Buat individu yang tercari-cari gaya kaca mata yang sedikit nakal, koleksi Linea Rossa Dari Prada adalah yang paling bertepatan. Ia terdiri daripada lensa yang berona spektrum, sungguh menarik dan pasti menambah sedikit sisi ranggi kepada gaya si pemakai.
Luxottica sentiasa peka untuk mengedar dan mengeluarkan rekaan kaca mata yang bukan sahaja sensasi, malah turut dilengkapi dengan perincian yang bersesuaian dengan permintaan pengguna, selari dengan perkembangan era fesyen masa kini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.luxottica.com