Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi genit yang bersuara lunak ini? Hanie Soraya mula berjinak dalam pelayaran dunia seni apabila dirinya di sunting oleh seorang penyanyi jejaka verstile, Faizal Tahir dan telah mula mendapat perhatian umum melalui dendangan hit Hujung Dunia pada tahun 2014.
Anak gadis ini dilihat sangat matang dan tidak pernah berputus asa untuk melebarkan sayapnya dalam bidang muzik dan nyanyian meskipun usinya baru sahaja menjangkau 22 tahun.
Hanie Soraya Taha atau lebih mesra jika di panggil dengan nama pentasnya Hanie Soraya ini begitu berbakat kerana dalam masa yang sama, dia juga pandai bermain gitar dan ukulele.
Setelah berjaya melancarkan dua lagu yang menarik termasuk Rasa Sayang yang dikeluarkan pada Januari tahun lepas, kini Hanie Soraya tampil dengan satu lagi single yang pasti buat anda meremang sebaik sahaja mendengarkannya.
Single terbaru yang diberi nama Pantas ini berentak lebih kasual dan matang, setiap bait lirik yang disebut itu mampu membuka mata dan minda pendengar sekaligus, bisa menjadi pendorong inspirasi kepada individu yang pernah jatuh beberapa kali dalam episod kehidupan untuk terus bangkit dan mengejar impian bernilai.
Istimewanya, lagu Pantas ini mendapat sentuhan daripada Hanie sendiri bersama Mike Chan, Ezra Kong, serta Faizal Tahir yang baru sahaja menempa kejayaan sebagai naib juara pada acara Anugerah Juara Lagu (AJL ke -30) dek kerana kehebatan mesej yang terkandung dalam lagu Assalammualaikum.
Tonton Muzik Video Pantas -Hanie Soraya
Nota: Muzik Video Pantas telah dirakam pada September lalu di Pantai Morib, Banting, Selangor.
Pantas bukan hanya sekadar lagu untuk menghidangkan halwa teliga yang sedap di dengar oleh para peminatnya, malahan ia bertujuan untuk menyeru generasi muda untuk terus berani mengatur langkah, mengejar hasrat hati demi menjadikannya realiti. Lirik yang disisip dengan nota nasihat itu mudah untuk difahami, melodinya turut bersesuaian dengan aliran muzik semasa dan bisa menambat hati sesiapa sahaja yang mendengar.
Jika anda berminat, anda boleh muat turun nada dering lagu Pantas menggunakan kod:-
Maxis Caller Ringtones: Dial *131*479375# dan tekan call/send
Celcom Call Me Tones: Dial *888*248852# dan tekan call/send
DiGi Caller Tunes: Dial *233*1803724# dan tekan call/send