Filem animasi baru dari Walt Disney Pictures yang mesti anda tonton adalah Zootopia. Apa kelainan Zootopia?
Zootopia mengisahkan seekor musang bernama Nick Wilde tinggal di bandar Zootopia yang terbahagi kepada empat kawasan iaitu Tundratown, Sahara Square, Little Rodenta, dan Burrowborough. Wilde perlu mencari jalan keluar apabila dia dituduh melakukan satu jenayah yang tidak dilakukannya. Seekor arnab, Lt. Judy Hopps, yang juga anggota polis di bandar tersebut cuba untuk menjejaki musuh sebenar dan mendapati dirinya terpaksa bekerjasama dengan Wilde.
Filem animasi bergenre aksi dan komedi ini dibarisi oleh Jason Bateman, Ginnifer Goodwin, Shakira, Idris Elba, J.K. Simmons, Octavia Spencer, Bonnie Hunt.
Bukan itu sahaja, Team Wanista sangat baik hati nak berikan beberapa barangan eksklusif dan pas percuma menyaksikan tayangan perdana filem Zootopia pada 24 Februari ini untuk semua pembaca Wanista tersayang!
Nak menang, anda kena jawab beberapa soalan mudah seperti berikut:
- Siapa antara Pelakon Suara Filem Zootopia?
- Kenapa anda ingin menang pas dan barangan eksklusif Zootopia? Berikan jawapan paling kreatif.
Like Facebook Wanista MY, Follow Instagram WanistaMY.
Emelkan jawapan anda ke [email protected] dengan tajuk Peraduan Filem Zootopia berserta nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah, nombor telefon.
Peraduan dibuka hingga 22 Februari 2016. Pemenang akan diumumkan selepas tarikh tersebut di laman Facebook dan portal Wanista.
Pemenang dikehendaki datang ke GSC Mid Valley pada 24 Februari 2016 (Rabu) jam 9 malam untuk mendapatkan pas percuma tayangan perdana filem Zootopia. Pihak Wanista akan berada di sana.
Jom sertai kami sekarang!