Seperti yang kita semua sedia maklum, Barbie adalah karakter permainan yang dicintai kanak-kanak perempuan kerana selain rupa parasnya yang jelita, Barbie juga memiliki bentuk badan kurus, berkulit putih dan lazimnya memakai seluar mahupun skirt pendek yang memancarkan aura seksi menawan.
Tetapi, segalanya berubah apabila satu fenomena yang diwujudkan tanpa sengaja oleh seorang pelajar sains perubatan yang berusia 24 tahun ini untuk melengkapi kekurangan Barbie.
Barbie yang memakai Hijab itu digelar sebagai Hijarbie.
Karakter ikon wanita seksi yang telah berwajah baru itu nyata dilihat sebagai satu fenomena hebat sehingga mampu menarik ramai mata-mata media sosial setelah beberapa keping gambar patung berkenaan menggayakan rekaan dress labuh, abaya, serta berselendang litup di muat naik oleh Haneefa Adam.
Jelas pelajar sains perubatan itu kepada CNN baru-baru ini, “Saya pasti bahawa saya tidak pernah nampak patung Barbie memakai Hijab (tudung) sebelum ini, jadi saya membuat keputusan untuk membuka satu akaun Instagram yang dipenuhi dengan gambar Barbie memakai baju-baju rekaan saya.”
Mengulas lanjut, “Ianya lebih sopan apabila patung berpakaian seperti mana kita semua (muslim) berpakaian.”
Dalam masa yang sama, Haneefa mahu memperbetulkan perselisihan faham budaya dan pemikiran bangsa lain yang mengatakan kebanyakkan wanita Muslim itu telah dipaksa memakai tudung demi mengekspresikan agama Islam.
Pada awalnya, Haneefa pernah melayari laman Instagram Barbie Style dan dari detik itulah dia mula terfikir untuk memuat naik imej Barbie yang memakai pakaian hasil kerja tangannya.
“Lagipun, tidak ada Barbie yang di jual di Nigeria”, jelasnya lagi.
Pelajar Master itu kemudian mempunyai pengikut seramai 19,400 di media sosial dan telah menerima permintaan dari segenap dunia untuk membeli patung Hijarbie berkenaan.
Haneefa yang baru sahaja menamatkan pengajian Master dalam bidang Farmakologi di United Kingdom itu menggambarkan Barbie sebagai anak patung serdehana “modest doll” yang mampu menjadi contoh dan peranan kepada kanak-kanak perempuan Muslim.
Bulan lepas, Mattel baru sahaja mentransformasikan rupa serta gaya Barbie kepada kepelbagaian variasi tona kulit serta bentuk badan yang lebih ideal, selari dengan kehidupan realiti.
BACA ARTIKEL: BARBIE KELUARKAN 3 PATUNG BARU YANG MILIKI BENTUK TUBUH REALISTIK (5 GAMBAR)
Kata Haneefa, dia juga gemar menggayakan patung Barbie yang berkulit hitam. Kebanyakkan patung baru ditempah terus dari luar negara dan akan sampai ke tangannya tidak lama lagi.