Jenama barangan sukan global yang tidak asing lagi, PUMA kini tampil memperkenalkan semula koleksi kasut keluarannya yang digelar Blaze. Blaze baru ini telah siap disunting dengan mengutamakan perincian yang fokus kepada seni bina moden demi memaparkan gaya yang lebih anggun khas buat si peminat sneekers dan kasut sukan yang rata-ratanya adalah individu yang tinggal di kawasan kota.
Ia diinspirasi dari keluaran PUMA Blaze of Glory ikonik yang mula mendapat perhatian umum sekitar tahun 90-an dahulu. PUMA Blaze of Glory mengutamakan faktor keselesaan pemakaian di mana, ia memanfaatkan teknologi Trinomic, manakala material yang digunakan sebagai asas rekaannya adalah berasal dari fabrik empuk dan plastik tahan lasak.
Koleksi PUMA Blaze baru ini masih lagi setanding dengan keluaran Blaze of Glory cuma ianya telah disunting dan diperbaiki sedikit bagi mengadaptasi gaya kontemporari. Antaranya termasuklah rekaan menggoda yang berlandaskan kekuatan struktur dan kekemasan rekaan kasut itu sendiri.
Bukan itu sahaja, koleksi baru itu turut menggunakan material yang jauh lebih ringan dengan sistem pengaliran udara dalam kasut efisyen yang berkesan untuk suatu penjenamaan semula yang teguh dan berani.
Yang lainnya, kasut PUMA Blaze baru tersebut masih lagi mengekalkan identiti lama yang dimiliki Blaze of Glory. Dari bentuk tumit, hinggalah kepada kusyen dan tapak Trinomic yang sangat selesa. Koleksi PUMA Blaze baru akan berada di pasaran mulai 16 Januari 2016 dan boleh didapati di semua butik dan kedai pengedar barangan PUMA yang sah.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.puma.com