“Out of Africa… To KL Sentral”! Pelbagai menu baharu yang sedap lagi menyelerakan kini ada Hotel Aloft, KL sentral.
Chef Eksekutif kelahiran Ghana, Phoebe Donko-Hanson kini memukau selera anda dengan pilihan menu petang yang baharu sebagai alternatif kepada à la carte atau bufet makan malam yang dipanggil koleksi Chef’s Tasting.
Koleksi Chef’s Testing ini menampilkan 6 menu yang dipengaruhi oleh selera Afrika dan pengalaman ketika bekerja di W Boston dan W Maldives.
Masakan tradisi dari Haiti, Jamaica, South America, Vietnam dan Korea telah diilhamkan Phoebe untuk mewujudkan hidangan seperti tuna tartare with chillies, orange, soy and passionfruit, beef tenderloin with creamed spinach, lentil cake, rocket and balsamic, delicious peanut soup with sea bass, coriander, chillies and okra.
Difahamkan, untuk menu ini, penekanan Phoebe adalah pada kombinasi luar biasa antara rasa dan tekstur yang memberikan anda kepuasan bila menikmatinya.