Jerawat di wajah merupakan masalah paling serius untuk setiap remaja dan wanita. Tidak kisahlah di usia berapa, jika ada jerawat di pipi, hidung, dagu, dahi pasti tekanan naik sampai ke kepala. Rasa stress teramat sangat sebab pelbagai produk sudah digunakan, pelbagai petua dan cuba tetapi ianya tetap tidak hilang.
Ramai remaja berfikir cara mudah untuk menyelesaikan masalah jerawat adalah hanya dengan mencuci muka. Walaupun mencuci muka dapat mengurangkan jerawat tetapi ia bukan penyelesaian sempurna bagi masalah ini.
Kini, anda boleh memerangi jerawat dengan rejim 3 langkah – Langkah 1: Cuci dengan Deep Cleansing Wash, Langkah 2: Rawat jerawat dengan OXY 10 dan akhir sekali Langkah 3: Cerahkan bekas jerawat dengan Anti-Pimple Mark Gel.
Sesuai untuk kulit berjerawat, apabila digunakan bersama-sama, OXY Deep Cleansing Wash, OXY 10 dan Anti-Pimple Mark Gel dapat membantu untuk menghilangkan minyak, kotoran, merawat jerawat, mencerahkan bekas jerawat sambil memberikan anda kulit yang lebih licin, bersih dan bebas cela.
Setiap satu daripada produk ini dirumuskan untuk menangani punca masalah jerawat, bermula dengan Deep Cleansing Wash yang menghilangkan kekotoran diikuti dengan OXY 10 yang merawat jerawat dan akhir sekali dengan Anti-Pimple Mark untuk kulit yang jernih bebas cela.
OXY Deep Cleansing Wash mengandungi Isopropyl Methylphenol dan Asid Salisilik yang membantu menanggalkan sel kulit mati pada permukaan kulit dan juga menanggalkan kotoran dari dalam liang pori untuk mencegah masalah jerawat. Selain membersih, Deep Cleansing Wash turut melegakan kulit yang berjerawat dan kulit tidak berasa tegang dan kering selepas menggunakannya.
Selepas membersih muka, guna OXY 10 pada bahagian yang berjerawat. OXY 10 membunuh bakteria akne yang menjadi punca jerawat. Sebaik sahaja jerawat kering, guna Anti-Pimple Mark. Oxy Anti-Pimple Mark mempunyai 4 manfaat. Selain mencerahkan bekas jerawat, ia juga melicinkan kulit, mencegah jerawat dan mengaktifkan semula sel-sel kulit.
OXY Deep Cleansing Wash boleh didapati dalam 50g (RM8.50) dan 100g (RM 13.90) sementara OXY 10 boleh didapati dalam 10g (RM 11.50) dan 25g (RM 19.90) dan Oxy Anti-Pimple Mark Gel (12g) dijual pada RM14.80. Semua produk OXY boleh didapati di semua farmasi dan pasar raya terkemuka.