Pernahkah anda termimpi untuk menjadi seperti Troy Bolton, lakonan Zac Efron dalam siri filem Disney High School Musical?
Anda punyai minat yang mendalam terhadap sukan Bola Keranjang, namun masih mahu mengekalkan prestasi dalam pendidikan? Untunglah anda, kerana tahun ini, impian anda mungkin menjadi kenyataan.
StatSports League (SSL) dengan bangganya mengumumkan kerjasama rumpunnya bersama Alexander Basketball Academy (ABA) dan iM4U untuk memperkenalkan SSLGlobal Squad ASEAN Top Baller Camp iaitu kem daerah pertama seumpamanya di Malaysia dan di daerah Asia Tenggara. Kem ini bertujuan untuk mengenal pasti dan mengumpul bakat Bola Keranjang terbaik merangkumi pemain kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun ke peringkat kem bertaraf antarabangsa yang akan mendedahkan kepada para peserta berkenaan asas dan latihan Bola Keranjang yang lebih intensif.
Kem 3 hari ini melibatkan latihan intensif dan pembelajaran bagaimana untuk membuat persediaan awal sebelum menyertai pertandingan Bola Keranjang. Seorang pemain bertuah bakal dipilih sebagai pemain bola terbaik iM4U dan bakal membawa pulang tiket penerbangan dua hala ke Maryland untuk kemasukkan percuma selama 5 minggu menyertai ABA Global Squad Camp. Di sana, peserta bakal dibimbing oleh kakitangan jurulatih yang berpengalaman untuk mengasah lagi bakat bermain, serta berpeluang mewakili program National Collegiate Athletics Association (NCAA) di Ameika Syarikat.
Jika peserta yang terpilih benar-benar menunjukkn prestasi yang baik dalam masa 5 minggu sewaktu menjalani latihan di ABA Global Squad Camp, anda tidak akan teragak-agak untuk ditawarkan tanggungan biasiswa untuk menyambung pelajaran di Amerika Syarikat dalam masa yang sama.
“Dengan adanya versi kem sebegini, ia bukan hanya memberi peluang kepada kanak-kanak dan belia remaja untuk dilatih sehabis baik, malah mereka juga bisa bermain bersama kalangan para pemain terbaik antarabangsa. Ini adalah peluang untuk peminat Bola Keranjang tampil kehadapan menunjukkan kebolehan bermain mereka disamping memenangi pengalaman terindah untuk bermain di ABA Global Squad Camp di Maryland, Amerika Syarikat”, jelas Rezhan Majid, Pengasas StatSports League.
Sebagai salah satu organisasi latihan Bola Keranjang, ABA ingin membuka peluang kepada pemain muda yang datang dari seluruh dunia untuk bermain di peringkat paling tinggi dan mendapatkan biasiswa bagi meyambung pelajaran di Universiti dan institusi pendidikan terbaik sekitar Amerika Syarikat.
ABA telah membantu ramai anak didik yang terdiri daripada pemain pelajar sekolah sehingga mereka kemudiannya diserap terus ke program NCAA yang menjanjikan biasiswa bagi menyambung pelajaran di Universti terbaik di Amerika.
Tan Shyue Wern, Pengarah Kumpulan Pengurusan Jenama iM4U berkata, “Kami begitu komited untuk berkerjasama bersama SSL dan ABA untuk Global Squad ASEAN Top Baller Camp pertama di Malaysia. Kem ini akan menjadi platform bagi anak remaja Malaysia untuk membuktikan kebolehan mereka ke peringkat global. Ini adalah selari dengan tunjang iM4U yang mahu lebih ramai atlet anak remaja yang terlibat dengan sukan.”
Kem ini akan berlangsung dari 18 hingga 20 Mac 2016 di Kuala Lumpur. Tempat adalah terhad hanya kepada 60 peserta dan 20 orang jurulatih. Untuk melayakkan diri, peserta haruslah lelaki bawah 18 tahun. Yuran pendaftaran yang akan dikenakan adalah berjumlah RM399.00 termasuk yuran penyertaan untuk kem selama 3 hari berkenaan serta berpeluang untuk merebut takhta pemain bola terbaik iM4U.
Jangan lepaskan peluang keemasan untuk turut memenangi tiket dua hala ke Maryland, Amerika Syarikat bagi menyertai ABA Global Squad Camp selama 5 minggu!
Untuk mendaftar, sila klik SSL/ABA GLOBAL SQUAD ASEAN TOP BALLER