Shopback Malaysia iaitu laman Cashback yang terbesar di Asia Tenggara akan menawarkan anda sehingga 100% Cashback kepada rakyat Malaysia yang membeli-belah secara atas talian pada 22 Februari 2016 yang merupakan ulang tahun pertama Shopback. Dari rangkaian keperluan harian, sehinggalah kepada gajet dan peranti unik, rakyat Malaysia digalakkan untuk mendapatkan tawaran eksklusif dari 500 peruncit atas talian melalui Shopback.my.
Gil Carmo, Ketua Bahagian Negara untuk ShopBack Malaysia berkata, “Cashback adalah sangat terkenal sebagai salah satu sistem penjimatan oleh para pembeli di sebelah Barat. Semenjak ShopBack memperkenalkan konsepnya di daerah Asia Tenggara pula, ramai pembeli telah mendapat manfaat daripada ia di mana pembeli Malaysia telah mendapat pulangan tunai sebanyak RM 4Juta dalam tahun 2015 itu sendiri.”
Peruncit atas talian terkenal seperti Agoda, Booking.com, Groupon, HappyFresh, Hermo, Lazada, Qoo10, Photobook Malaysia, Supermodels’s Secret, Taobao dan Zalora kini menyertai jualan Cashback besar-besaran ini dari detik 12.01 am hingga 12 am keesokannya pada 22 Februari 2016.
Pembeli atau pelanggan boleh menjangka tawaran potongan harga, kod promo eksklusif, peraduan, dan CashBack dari angka 50% kepada 100% untuk harga belian barangan elektronik rumah, peranti mudah alih, pakej pelancongan, penginapan hotel, kecantikkan, fesyen, dan termasuklah barang runcit harian pada hari berkenaan.
Lebih ramai rakyat Malaysia yang kini terdorong untuk membeli-belah secara atas talian yang agak sama dengan proram loyalti terdahulu. ShopBack Malaysia bisa membantu para pembeli untuk berjimat dengan bijak kerana dalam masa yang sama turut memberi ganjaran wang tunai. Pendaftaran adalah percuma dan pembeli boleh mendapatkan Cashback dengan hanya 2 langkah mudah.
Anda hanya perlu mendaftar diri buat yang pertama kali atau log masuk ke akaun milik anda, pilih peruncit atas talian yang anda mahu dan teruskan membeli-belah. Pembeli akan menerima satu email berkenaan dengan jumlah yang mereka perolehi dalam satu hari dan kemudiannya boleh dipindahkan ke cawangan bank tempatan sebaik sahaja status anda menjadi layak untuk ditebus.
ShopBack mula dilancarkan pada 22 Februari 2015 dan telah berkembang menjadi laman Cashback terbaik dalam negara mahupun di sekitar Asia Tenggara. Ia telah bekerjasama dengan hampir 500 peruncit dan pembekal servis antarabangsa serta tanah air untuk memberi ganjaran hebat kepada para pembeli dengan wang tunai setelah membuat transaksi pembelian secara atas talian.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shopback.my dan ikuti perkembangan terkini ShopBack melalui Facebook di www.facebook.com/shopbackmalaysia.