H&M sekali lagi menguntai kerjasama bersama Coachella Valley Music & Arts Festival, mencipta suatu koleksi jenama asas untuk lelaki dan wanita dibawah kebersatuan #HMLovesCoachella. Membuka suatu lembaran pilihan untuk para peminat fesyen yang mengutamakan konsep estatik dan versatile, H&M mahu menyediakan seleksi koleksi yang tidak kompleks tetapi mampu mewujudkan karakter bersahaja kepada si pemakai. Koleksi istimewa ini akan mula dilancarkan di gedung butik H&M seluruh Malaysia bermula 31 Mac 2016!
Koleksi H&M Loves Coachella menampilkan barisan helaian ikonik yang pasti buat anda teruja. Gaya fesyen ala boho dan hippie diketengahkan yang terdiri daripada gabungan pelbagai jenis perincian serta rekaan ini sekaligus bisa menyalurkan eleman kebebasan.
Khas buat wanita, koleksi ini merangkumi baju gaya folksy, yang disulam dengan manik dan perincian rambu-ramba. Terdapat juga jumpsuit yang dihiasi dengan corak penuh, seluar pendek denim cut off, termasuk aksesori keperluan seperti floppy hats, kaca mata gelap dan boots rata. Secara ringkasnya, perincian dihujung penyudah setiap rekaan kebanyakkannya dijahit sedikit senteng untuk dihias dengan tali, manik, jumbai dan sebagainya untuk melambangkan gaya fesyen yang dipengaruhi konsep bohemian dan hippie.
Untuk pengetahuan anda lagi, tahun lepas, H&M adalah merupakan jenama fesyen pertama untuk berkolaborasi bersama festival muzik kegemaran ramai pemuda barat iaitu Coachella, untuk mewujudkan koleksi pakaian bersama. “Usaha tersebut akhirnya membuahkan hasil kerana mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada orang ramai membuatkan kami ingin berkerjasama kembali untuk musim ini”, jelas Ross Lydon, Pereka Fesyen H&M.
“Kami begitu tertarik dengan Coachella kerana semangat demokratik dan pengalaman ikatan yang wujud dalam kalangan mereka yang terlibat. Bagi kami, Coachella adalah tempat untuk individu menggunakan fesyen dan muzik sebagai senjata bagi mengekspresikan diri peribadi mereka dan mereka boleh lakukan itu dengan koleksi kolaborasi H&M Loves Coachella ini”, tambahnya.
Untuk tahun yang kedua ini, H&M akan membuat suatu kelainan dengan membangunkan kedai pop-up di laman sesawang rasmi H&M supaya orang ramai bisa mendapatkan koleksi eksklusif Coachella ini secara atas talian dengan lebih mudah. Hiasi diri anda dengan fesyen Coachella terkini dari koleksi H&M Loves Coachella sebelum anda berhibur di festival muzik dan seni tahunan gah berkenaan, yang akan berlangsung di Empire Polo Club Indio, California.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hm.com