Bangun pagi rasa diri wangi sangat! Sebab apa? ENCHANTEUR jawapannya!
ENCHANTEUR sebagai jenama yang terkenal dengan wangian dan produk penjagaan peribadi inspirasi Perancis memahami keperluan setiap wanita. Rangkaian losyen haruman badan dan mandian wangi ENCHANTEUR dicipta khas untuk memastikan kulit kekal selembut sutera dan mulus. Harumannya yang berkekalan, menjadikan si pemakai tampil lebih cantik, yakin dan menarik.
Malah, rangkaian mandian wangi ENCHANTEUR dengan wangian unggul menjadikan setiap pengalaman memanjakan diri dipenuhi kemewahan dan kenikmatan. Belai badan anda dengan formulasi mandian bebas sabun dan berpelembap yang melembutkan kulit sambil membersih. Ia memberikan haruman yang berkekalan, sekaligus membuatkan anda berasa tenang dan menawan.
ENCHANTEUR menawarkan pelbagai pilihan gel mandian, krim mandian dan losyen badan dengan wangian yang berbeza untuk disesuaikan dengan personaliti dan mood yang berbeza.
ENCHANTEUR Romantic (Sesuai untuk jiwa riang, ceria & feminin)
Wangian yang menonjolkan keceriaan letusan limau Mandarin segar, hijau utuh Viola dan Galbanum yang menandakan permulaan cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang menusuk jiwa, ROMANTIC mekar indah dengan Mawar Bulgaria dan Melur Putih dicampur dengan haruman halus Mimosa dan Bunga Oren. Kehangatan Kayu Cendana dan Vanila yang berkekalan pada wangian menawan ini membangkitkan perasaan romantis seakan-akan di awangan.
Senarai Produk:
- ENCHANTEUR Perfumed Whitening Shower Crème Romantic
- ENCHANTEUR Perfumed Body Lotion Romantic
- ENCHANTEUR Perfumed Whitening Body Lotion Romantic
ENCHANTEUR Charming (Sesuai untuk jiwa sensual, elegan & sofistikated)
Wangian yang menyerlahkan sisi sofistikated dan kewanitaan chic didahului dengan campuran eksotik Mawar dan Muguet yang dirangkul dengan Sitrus dan Aldehyde. Campuran bauan eksotik ini kemudiannya diperhebat dengan wangian asas dari Kesturi dan Kayu Araz lantas melengkapkan gaya peribadi anda dengan sempurna.
Senarai Produk:
- ENCHANTEUR Perfumed Shower Gel Charming
- ENCHANTEUR Perfumed Body Lotion Charming
- ENCHANTEUR Perfumed Whitening Body Lotion Charming
ENCHANTEUR Alluring (Sesuai untuk jiwa menggoda, ghairah & misteri)
Sebuah wangian eksotik dan menggoda yang memancarkan kemanisan aura misteri. Campuran aroma buah Bergamot dan Markisa yang dilarutkan dalam wangian jambangan Mawar dan Iris yang mengasyikkan kemudiannya dihangatkan lagi dengan sentuhan Vanila, Kesturi dan Vetiver – menjadikannya sebuah haruman jitu yang unik.
Senarai Produk:
- ENCHANTEUR Perfumed Body Lotion Alluring
- ENCHANTEUR Perfumed Whitening Body Lotion Alluring
ENCHANTEUR Enticing (Dijadikan untuk jiwa lincah & glamor)
Haruman riang untuk gadis jelita yang gemar menyemarakkan suasana ketika bersosial. Wangian ini dibangkitkan dengan hirisan Bergamot, Lemon dan Mandarin yang ranum. Ia kemudiannya diharmonikan dengan bauan floral dari Mawar, Magnolia dan Freesia yang dilengkapi dengan Ambar, Vanila dan Kayu Araz lalu menghasilkan haruman segar yang sempurna untuk si peramah.
Senarai Produk:
- ENCHANTEUR Perfumed Body Lotion Enticing
Rangkaian Produk Mandian Wangi ENCHANTEUR dijual dengan harga RM13.65 (600gm) / RM9.20 (Pek isian semula 600gm). Sementara itu, rangkaian produk Losyen Wangian Badan ENCHANTEUR dijual dengan harga RM5.00 (100ml) / RM11.00 (250ml) / RM16.30 (400ml) / RM19.50 (600ml).
Rangkaian produk Penjagaan Peribadi ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya/ pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR sila layari www.enchanteur.com.my atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY