Di Malaysia, beban isu penyakit buah pinggang di kalangan penduduk terus meningkat – dengan lebih daripada 5,000 kes baru didiagnosis setiap tahun. Selama lebih daripada 46 tahun, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia telah membantu pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang di Malaysia di samping meningkatkan kesedaran mengenai penyakit buah pinggang.
Kini NKF yang membantu lebih 1,600 pesakit setiap tahun memerlukan sebanyak RM30 juta dana setiap tahun. Jika anda telah berfikir untuk menyumbang kepada NKF, anda masih berpeluang untuk membantu NKF dengan menghulurkan sumbangan anda melalui Pusat Perubatan Sunway sehingga 6 Mac 2016.
“Bersempena dengan Hari Diabetes Sedunia 2015 oleh Pusat Perubatan Sunway, kami bertumpu kepada hubungan di antara diabetes dan kegagalan buah pinggang. Oleh itu, kami memilih NKF sebagai penerima manfaat dalam inisiatif pengumpulan dana kami. Bagi setiap ringgit yang didermakan oleh orang ramai untuk NKF melalui Kempen #30DaystoHappyKidneys, kami akan menyumbangkan jumlah yang sama.
“Untuk membolehkan lebih ramai orang untuk menderma, pengumpulan dana itu telah dilanjutkan sehingga 6 Mac 2016, dari tarikh tutup awal 17 Januari 2016. Diabetes dan seterusnya kegagalan buah pinggang tidak mengenal kumpulan umur dan latar belakang. Justeru, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk menghulurkan derma bagi membantu pesakit berpendapatan rendah yang mengalami kegagalan buah pinggang. Dengan setiap sumbangan yang anda buat melalui kempen kami, NKF dan pesakitnya mendapat dua kali ganda dana,” kata Nadiah Wan, Pengerusi Penganjur, kempen #30DaystoHappyKidneys.
Orang ramai boleh menderma di Pusat Perubatan Sunway atau melalui talian di www.peoplegiving.org menggunakan kad kredit atau kad debit, atau akaun Maybank2u dan CIMB Clicks.
Sementara itu, lanjutan derma juga dilanjutkan untuk bersamaan dengan Simposium Mini bagi Pengamal Perubatan Umum yang bertemakan “Penjagaan Luka” yang akan diadakan pada 6 Mac 2016, menandakan berakhirnya aktiviti yang dianjurkan sempena kempen Hari Diabetes Sedunia 2015.
Simposium percuma yang terbuka kepada semua pengamal perubatan umum di Malaysia tersebut akan melihat enam perunding perubatan dari Pusat Perubatan Sunway membentangkan kajian semula yang komprehensif mengenai pengurusan penjagaan luka, termasuk trend terkini dalam bidang ini yang turut saling berkaitan dengan kencing manis dan pengurusannya.
Kini dibuka untuk pendaftaran, pengamal perubatan umum yang berminat untuk menyertai boleh menghubungi Pusat Perubatan Sunway di 03-7491 9191 untuk maklumat lanjut.