Jenama fesyen terkemuka antarabangsa Tory Burch telah menyerlahkan koleksi Musim Luruh/Sejuk 2016 kali ini dengan menggabungkan gaya fesyen jalanan yang bersahaja.
Tory Burch secara tidak langsung mengetengahkan inspirasi yang di ambil dari pakaian sukan klasik yang diperinci dengan corak cetakan pakaian sukan berkuda. Antaranya seperti corak joki menonjol, seluar ketat jodhpurs, jaket bomber yang dihiasi jahitan trapunto.
Selain itu, terdapat juga elemen sukan yang diselitkan dalam koleksi Musim Luruh/Sejuk 2016 Tory Burch, termasuk gabunagn helaian dari koleksi Tory Sport. Aksesori yang digunakan sebagai penyeri gaya pula bisa membiaskan mood. Ia boleh dilihat melalui beg kantung serta pengayaan kasut boots yang dilengkapi kancing boots yang boleh ditanggal dan koleksi ikonik kasut bertapak rata Reva Flat.
Rangkaian reka bentuk pakaian untuk koleksi Musim Luruh/Sejuk 2016 Tony Burch disertai padanan pakaian yang diinpirasi dari potongan skirt garisan A tahun 70an, seluar jodhpur dan jaket trek pula adalah untuk gaya fesyen moden dan juga boleh disuai padan menggunakan penggayaan teknik layering.
Selain itu, dress yang dikemaskan dengan tali pinggang itu dipakai di bahagian luar baju berleher turtlenecks, manakala seluar yang dijahit rapi dipadankan pula dengan baju berkolar tinggi mahupun blazer berpotongan singkat. Rekaan jaket bomber yang menarik perhatian dilengkapi dengan perincian unik dan eksentrik itu pasti membuka mata orang yang melihat. Kebanyakkan padanan koleksi bersahaja ini bisa menjadi gaya yang terbaik untuk penggemar fesyen santai.
Untuk pengetahuan anda lagi, palet warna yang digunakan keatas koleksi Musim Luruh/Sejuk 2016 Tory Burch adalah berdasarkan rona terang berani, termasuklah merah, biru dan hijau. Ia kemudian dicampur pula dengan warna bumi keperangan seperti coklat dan plum yang mampu menyeimbangkan rona suci lembut seperti putih dan ivory.
Untuk maklumat lanjut berkenaan koleksi Musim Luruh/Sejuk 2016 Tory Burch, sila layari www.toryburch.com