Sekarang sudah memasuki akhir bulan Februari, sudah pasti peminat filem semua sedang ternanti-nanti filem hebat apa yang bakal disajikan tahun 2016 ini bukan.
Menarik untuk tahun ini, kebanyakan filem yang ditayangkan merupakan filem sekuel, sebagai contoh Finding Dory, The Divergent Series, The Conjuring, Now You See Me 2 dan banyak lagi yang menanti anda.
Jom, saksikan antara filem yang mesti anda tonton tahun ini.
Gods Of Egypt – 25 Februari 2016
Sinopsis – Apabila Set, tuhan kegelapan Mesir, telah mengambil alih tahkta empayar Mesir, seorang manusia biasa bernama Bek telah bergabung dengan tuhan Mesir, Horus, dalam misi untuk menyelamatkan dunia dan juga kekasihnya.
The Divergent Series: Allegiant – 17 Mac 2016
Sinopsis – Bahagian pertama dalam filem terakhir siri “Divergent” ini mengisahkan Tris yang cuba untuk berdepan dengan penemuan kebenaran di sebalik sistem berkumpulan. Tris bersama Four mesti melarikan diri dalam usaha mencari jalan penyelesaian aman untuk bandar mereka yang bermasalah. Kedua-dua mereka meninggalkan bandar untuk kali pertama dan perlu membuat keputusan siapa mereka perlu percaya sebagai mana perang sudah bermula dengan lebih banyak kebenaran yang mengejutkan di sebalik tembok di sekeliling Chicago.
Batman vs. Superman – 24 Mac 2016
Sinopsis – Di bawah arahan pengarah hebat Zack Snyder, filem yang padat dengan aksi hebat ini menampilkan gabungan kisah adiwira kegemaran ramai iaitu Superman dan Batman. Filem yang dihasilkan dari kesinambungan “Man Of Steel” ini membariskan pelakon hebat seperti Henry Cavill, Ben Affleck, Gal Gadot, Amy Adams, Laurence Fishburne, Diane Lane dan ramai lagi.
The Huntsman : Winter’s War – 14 April 2016
Sinopsis – Watak pemburu yang dibawa oleh Chris Hemsworth memainkan peranan yang lebih besar dalam sekuel kepada filem 2012 “Snow White and The Huntsman” ini. Ia memaparkan latar belakang pemburu itu dan turut memperkenalkan beberapa watak-watak baru.
Marvel’s Captain America: Civil War – 28 April 2016
Sinopsis – Filem ini mengambil tempat selepas kejadian dalam”Avengers: Age of Ultron” dengan Captain America perlu berdepan dengan masalah baru, yang mana pihak kerajaan mahu mengawal kesemua aktiviti adiwira. Captain America dan Iron Man mempunyai pendapat bertentangan tentang tindakan kerajaan itu, menyebabkan tercetusnya perang saudara antara bekas sekutu ini.
The Conjuring 2: The Enfield Poltergeist – 9 Jun 2016
Selepas mengendali kes di sebuah rumah ladang di Rhode Island, penyiasat paranormal Ed Warren dan isterinya Lorraine Warren kembali, dan kali ini mereka mengembara ke England untuk menyiasat roh jahat di sebuah kediaman di London Borough, Enfield.
Bridget Jones’ Baby (Bridget Jones’ Diary 3) – 15 September 2016
Sinopsis – Renee Zellweger kembali dengan watak wanita Inggeris Bridget Jones untuk kali ketiga yang mana dia kini merupakan seorang ibu pada usia 40an.
Now You See Me 2 – 9 Jun 2016
Sinopsis – Selepas setahun melarikan diri dari FBI, the Four Horsemen kembali untuk melakukan rompakan lebih berbahaya. Selain pelakon asal, filem sekuel ini akan turut dibintangi Daniel Radcliffe, yang akan membawa watak anak kepada Arthur Tressler, dan Lizzy Caplan sebagai Lula.
Finding Dory (Finding Nemo 2) – 16 Jun 2016
Sinopsis – Filem animasi ini merupakan kesinambungan kepada filem terdahulu, “Finding Nemo” yang ditayangkan pada tahun 2003. Filem ini bakal memfokuskan kepada karakter Dory dan membawa kepada penyatuan Dory dan keluarganya. Selain Dory, karakter kegemaran seperti Nemo, Marlin dan Geng Tank bakal menemui anda di pawagam. Filem arahan Andrew Stanton ini bakal menampilkan Ellen DeGeneres, Albert Brooks, Diane Keaton dan ramai lagi.
Fantastic Beasts And Where To Find Them – 17 November 2016
Sinopsis – 70 tahun sebelum Harry Potter membaca bukunya ketika mendaftar di Hogwarts, kisah yang ditulis oleh ahli sihir Newt Scamander dibawa ke dunia realiti sebagai pengembaraan seorang penulis di New York dalam komuniti rahsia ahli-ahli sihir serta penemuan makhluk mistik.
Suicide Squad – 4 Ogos 2016
Sinopsis – Sebuah agensi rahsia kerajaan Amerika Syarikat telah merekrut penjenayah berbahaya untuk melakukan misi maut untuk kerajaan AS. Sebagai ganjaran, hukuman mereka akan dikurangkan. Penjahat-penjahat itu termasuk Deadshot, The Joker, Harley Quinn, Lex Luthor, Enchantress, Boomerang dan banyak lagi.
The Jungle Book – 7 April 2016
Sinopsis – Filem yang diarahkan oleh Jon Favreau ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang bernama Mowgli yang telah dibesarkan oleh seekor serigala yang juga berkawan dengan seekor beruang yang bernama Baloo dan pasangannya Bagheera. Mowgli juga terpaksa menghadapi cabaran hidup di kelilingi binatang buas apabila harus berlawan dengan seekor harimau garang yang bernama Shere Khan.
The Angry Birds Movie – 12 Mei 2016
Sinopsis – Filem animasi ini diterbitkan berdasarkan permainan telefon pintar yang popular di seluruh dunia. Filem ini mengisahkan sekumpulan burung yang perlu melindungi telur mereka dari di ambil oleh haiwan yang bernama khinzir. Filem ini diarahkan oleh pengarah hebat, Fergal Reilly dan Clay Kaytis.
Bad Neighbours 2 – 5 Mei 2016
Filem komedi ini adalah kesinambungan kepada filem pada tahun 2014 “Neighbours” yang akan menyaksikan Seth Rogen, Zac Efron dan Rose Byrne kembali ke layar perak.
The Purge: Election Year – 14 Jul 2016
Sinopsis – Filem ketiga dalam siri thriller ini adalah prekuel kepada dua filem sebelum ini, yang mana ia akan memaparkan tentang Revolusi dan kali pertama Purge mengambil tempat.