Koleksi terbaru Polo Ralph Lauren untuk wanita ini nyata lebih menyerlah. Ia mengabungkan kedua elemen moden dan warisan agar tampak seimbang, sekaligus memancarkan aura feysen versatile yang seirama dengan trend pemakaian masa kini.
Koleksi yang rata-ratanya menampilkan rekaan sofistikated yang bagai dihembus dengan nafas baru. Dari segi reka bentuknya, Polo cuba menerapkan elemen feminin yang lembut, di samping hanya menggunakan fabrikasi mewah serta sisipan perincian ringkas yang secara tidak langsung mampu membuatkan setiap helaian kelihatan eksklusif.
“Wanita Polo adalah wanita yang bijak berfesyen. Baju-bajunya adalah hebat, disertai pula dengan seleksi gaya yang bersifat kepelbagaian -sedia untuk memancarkan aura versatile si pemakai. Dalam masa yang sama, mereka turut bisa menggayakan gaya berkeyakinan itu yang sebenarnya melambangkan keperibadian Polo sendiri”, jelas Ralph Lauren.
Palet warna yang digunakan untuk menghasilkan koleksi Musim Luruh 2016 Polo Ralph Lauren untuk wanita adalah berdasarkan palet warna asas, termasuk kelabu, perang unta dan hitam. Terdapat juga sedikit kelainan di mana, Polo cuba untuk mewujudkan gaya rock ‘n’ roll dengan menambah sedikit perincian ala metalik dan rambu-ramba pada sebahagian helaiannya.
Manakala, rekaan pakaian seperti jaket kulit berperincian rambu-ramba dari koleksi Ralph Lauren musim ini bisa menjadi penyeri gaya yang optimum kepada dress anggun hitam.
Antara rekaan pakaian lain untuk wanita dari Polo Ralph Lauren untuk Musim Luruh 2016 adalah termasuk, baju yang diperbuat dari kain baldu mewah, kot yang dijahit menggunakan cara tweed, dan baju labuh sutera.
Untuk maklumat lanjut berkenaan koleksi Musim Luruh 2016 Polo Ralph Lauren untuk wanita in, sila layari www.ralphlauren.asia