Friday, April 16, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Pencarian Tahunan Ratu Cantik & Pahlawan Suku Kaum Lun Bawang Bermula

by Malisa Aina
February 23, 2016
Foto - Arkib Wanista

Foto - Arkib Wanista

25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Cawangan Belia Persatuan Lun Bawang Sarawak dengan bangganya mempersembahkan pencarian tahunan Ruran Ulung dan Padan Liu Burung, satu pertandingan ratu cantik dan pahlawan yang diadakan sempena Pesta Lun Bawang di Lawas, Sarawak.

Pencarian untuk tahun 2016 akan diadakan pada 3 dan 4 Jun di Dataran Bandar Lawas, Lawas dan jemputan untuk mengambil bahagian adalah terbuka kepada semua keturunan Lun Bawang dari Sarawak, Sabah, Semenanjung Malaysia, Brunei dan Kalimantan, Indonesia.

IKLAN

Foto - Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista

Pendaftaran untuk Ruran Ulung dan Padan Liu Burung kini dibuka dan boleh dibuat secara online pada laman Facebook rasmi ‘Ruran Ulung & Padan Liu Burung’. Jemputan juga telah dihantar ke semua cawangan-cawangan Persatuan di seluruh negara dan negara Brunei dan Kalimantan, Indonesia untuk menghantar wakil dalam pencarian tahunan yang akan menawarkan hadiah tunai berjumlah RM10, 000.

Foto - Arkib Wanista via Facebook Do Thi Ha

Anak Petani Bolot Gelaran Miss Vietnam 2020 Di Usia 19 Tahun

December 1, 2020

Lihat 10 Kostum Kebangsaan Paling Unik Dan Layak Menang Di Kejohanan Miss Universe 2017

November 30, 2017

Selain hadiah utama, peserta juga boleh berentap untuk memenangi gelaran sampingan termasuk Miss / Mister Tourism, Miss / Mister Talent dan Miss / Mister Photogenic. Pemenang keseluruhan tidak hanya dinilai berdasarkan kecantikan dan penampilan fizikal tetapi juga pengetahuan mengenai budaya dan warisan Lun Bawang.

“Tahun ini kami berharap badan-badan korporat akan menggunakan peluang ini bergabung tenaga dengan kami dalam menganjurkan acara ini sebagai cara untuk mendekatkan diri dengan lebih dekat kepada suku kaum di Sarawak. Tajaan dari kewangan dan dari segi biasiswa untuk melanjutkan pengajian tinggi amat dialu-alukan untuk memberikan sokongan kepada suku kaum peribumi muda di Sarawak, “kata Jude Benjamin Lisa, Pengerusi Penganjur Ruran Ulung dan Padan Liu Burung 2016.

Pendaftaran penyertaan tutup pada 25 April 2016. Untuk peluang penajaan, hubungi Jude Benjamin Lisa di lisa.judebenjamin@gmail.com atau telefon bimbit 0178773871.

Tags: PahlawanPencarian Ratu Cantikratu cantikSuku Kaum Lun Bawang
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Makan Sebiji Epal Setiap Hari Boleh Beri Kulit Glowing?

Juadah Rare Yang Hanya Ada Masa Bulan Puasa Saja, Semua Sedap!

Tak Payah Oven, Guna 6 Bahan Dah Boleh Jadi Pizza Paling Sedap!

Cantik Kaftan Dress Di Kedai Ini, Sesuai Pakai Masa Puasa Dan Raya

Susah Betul Nak Tidur, Cuba 5 Resepi Susu Panas Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.