MASIH ingatkah lagi anda kepada penyanyi dari Indonesia yang popular dengan single pertamanya, “Sayang” yang berjaya menjadi fenomena luar biasa sebelum ini?
Shae, seorang penyanyi yang mempunyai darah kacukan Australia dan Indonesia ini telah meraih penghargaan platinum untuk album sulungnya “The First” di Indonesia pada 16 Febaruari yang lalu bersempena dengan pelancaran album terbaru beliau yang bertajuk ‘Seperti Magic’ dan 10x platinum untuk muat turun ring back tone (RBT) bagi lagu ‘Sayang’ di Malaysia.
Selepas mendapat kejayaan yang gemilang melalui lagu ‘Sayang’, Shae kini kembali dengan menghasilkan sebuah lagu yang pasti meletup pada tahun 2016 yang diberi nama ‘Seperti Magic’ yang turut dimuatkan di dalam album kedua beliau yang bertajuk ‘Seperti Magic’. Lagu ini merupakan hasil ciptaan Posan Tobing yang juga merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menghasilkan lagu ‘Sayang’ dan merupakan antara orang yang mencetus penglibatan Shae di dalam industri muzik.
Namun berbeza daripada lagu ‘Sayang’, single terbaru Shae bertajuk ‘Seperti Magic’ ini bermula dengan luahan kesedihan hati seorang kekasih yang masih mencintai namun kecewa apabila mendapat tahu bahawa kekasihnya telah menduakan cintanya. Masih mengekalkan tema cinta dalam nyanyian beliau, Shae memperjuangkan muzik bergenre pop balada bagi lagu ini. Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Posan Tobing ini sungguh mendayu-dayu dan lagu ini pastinya bakal menarik kembali perhatian anda semua untuk sering mendengar alunan suara Shae yang syahdu melalui lagu ini.
Album ‘Seperti Magic’ akan dilancarkan secara digital mulai 18 Mac 2016 ini. Pada 23 Mac pula, Shae akan mengadakan sesi soal jawab (Q&A) bersama peminat-peminat beliau di fanpage Facebook beliau pada jam 6.00 petang waktu Malaysia. Jadi kepada semua peminat dan #SobatShae, anda boleh bertanyakan apa sahaja kepada Shae ketika itu. ‘Seperti Magic’ merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.
Para pendengar dan peminat juga sudah boleh memuat turun nada dering dengan kod-kod yang tersedia seperti berikut:
Cara-Cara Muat Turun:
Maxis Caller Ringtones : Dial *131*487555# dan tekan call/send
Celcom Call Me Tones : Dial *888*253538# dan tekan call/send
DiGi Caller Tunes : Dial *233*1803826# dan tekan call/send