Anda pengemar tegar EDM atau lebih dikenali sebagai Electronic Dance Music? Khas buat anda, Urbanscapes 2016 bakal menerbangkan band muzik elektronik terkenal nun dari Perancis iaitu M83 ke Malaysia!
Urbanscapes adalah satu-satunya Festival Seni Kreatif di Malaysia yang berjalan paling lama. Ia mula diketengahkan atas tujuan untuk menyatukan para pencipta serta pencinta seni tempatan untuk turut serta dalam komuniti kreatif seumpamanya. Festival ini telah mendapat nama di mata antarabangsa dan dianggap antara festival seni kreatif dan muzik yang terbaik di dunia.
Sebuah band elektronik yang kian mendapat perhatian peminat muzik dari seluruh pelusuk dunia, M83 yang mengambil inspirasi namanya dari galaksi berpusar Messier 83 ini berjaya menghasilkan sebanyak 6 buah album sejak tahun 2008.
Untuk pengetahuan anda, kemunculan album studio Hurry Up, We’re Dreaming oleh M38 pada tahun 2011 itu telah tercalon dalam Anugerah Grammy 2013. Dengan ciptaan muzik elektronik yang begitu sensasi dan menerangkan muzik hasil ciptaannya sebagai epik dan elektik, tidak dinafikan bahawa M38 bisa diangkat dan berpeluang mendapat undangan bagi membuat persembahan dan berkongsi bunyi di kebanyakkan festival muzik terkemuka seluruh dunia termasuklah Lollapalooza, Coachella dan St Jerome’s Laneway.
Urbanscapes 2016 membawakan sesuatu kejutan yang lebih menakjubkan di tengah kota raya Kuala Lumpur musim ini. Tidak ketinggalan, festival yang ditunggu-tunggu itu bakal mengegarkan lebih 12 kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan nantikan pengumuman rasmi pada 1 Mac ini.
Jika anda dan rakan-rakan berminat, saksikan persembahan hangat oleh M38 yang dijadualkan pada 7 Mei 2016 di KL Live beralamat:
Life Centre, 1st Floor,
Life Centre 20,
Jalan Sultan Ismail, 50250,
Kuala Lumpur.
Walau bagaimanapun, acara ini hanya sah untuk disertai remaja 18 tahun dan ke atas sahaja. Untuk membuat tempahan tiket bagi menyaksikan persembahan M38, anda boleh layari TicketPro Malaysia bermula 22 Februari. Harga tiket adalah RM199 untuk fasa satu, RM229 untuk fasa dua dan RM259 untuk fasa tiga.
Sila lawati laman Facebook Urbanscapes 2016: M83 LIVE IN KL untuk lebih keterangan.