HappyFresh mengumumkan perkongsian strategik dengan Jasons Food Hall, salah sebuah daripada pekedai runcit paling terkemuka di Kuala Lumpur.
HappyFresh mengalu-alukan salah satu daripada pekedai runcit yang paling dihormati dan bereputasi baik di KL untuk menyertai barisan kedai yang boleh dikunjungi oleh para pengguna untuk membeli barangan melalui aplikasi serta laman webnya.
Jasons Food Hall terkenal kerana produk berkualiti tinggi dan segar, rangkaian makanan gourmet eksklusif yang diimport serta perkhidmatan peribadi yang unggul. Kesemua ciri-ciri ini adalah konsisten dengan matlamat HappyFresh untuk menawarkan lebih banyak pilihan makanan kepada para pelanggan sambil menjimatkan masa mereka melalui pengalaman pelanggan yang unggul serta penghantaran yang sempurna.
Perkongsian dengan Jasons Food Hall juga berbetulan dengan ulang tahun pertama HappyFresh’s di Malaysia. Sejak ia dilancarkan pada tahun 2014, HappyFresh telah berkembang jauh dan kini meliputi Kuala Lumpur, Jakarta, Surabaya, Bangkok dan Taipei. Meneruskan pengembangan pesatnya, HappyFresh turut bercadang untuk meliputi kawasan lain di luar Lembah Klang, seperti P. Pinang dan Johor Bahru, dan kini merancang untuk menembusi ibu negara Asia Tenggara lain seperti Manila.
HappyFresh menawarkan kemudahan membeli lebih daripada 60,000 barangan dari peruncit berpenyertaan dan menerima penghantaran dalam slot masa sejam yang berikutnya atau mana-mana slot masa sejam dalam minggu itu. Kini, para pelanggan boleh membeli produk terunggul dari Jasons Food Hall dengan mudah.
Untuk maklumat lanjut mengenai HappyFresh, rakan niaga serta perkhidmatannya, sila layari: www.happyfresh.com