Anda mempunyai masalah pori wajah yang besar dan terbuka?
Jerawat, pori wajah besar, bintik hitam – semuanya antara masalah kecantikan wajah yang sukar untuk dirawat.
Bagaimana pori wajah boleh menjadi besar? Secara asasnya, hormon dalam badan seseorang mempengaruhi penghasilan sebum (minyak) di kalenjar.
Kemudian, minyak disalirkan ke setiap pori dan seterusnya ke wajah. Jika penghasilan sebum normal, aliran minyak belangsung dengan baik. Namun, terjadinya masalah apabila kalenjar minyak menghasilkan terlalu banyak bendalir.
Lebihan minyak ini akan bercampur dengan bendasing pada permukaan wajah (contohnya sel kulit mati) yang menyebabkan pori tersumbat, sekali gus pori membesar dan mengembang.
Pori membesar, justeru merembeskan lebih banyak sebum dan ia teroksida dengan campuran kulit mati, lalu terhasil bintik hitam.
Bukan itu sahaja, ada yang beraggapan faktor keturunan dan jenis kulit juga boleh menjadi penyebab seorang wanita mempunyai liang kulit wajah yang besar.
Ini Do’s dan Don’ts yang perlu anda tahu untuk mengatasi masalah liang pori di wajah.
Do’s
Gunakan produk pencuci wajah bebas sabun, lembut serta bertindak balas sempurna dengan air. Pencuci wajah yang mengeringkan bisa membuat kulit sakit dan meninggalkan kesan merah serta radang.
‘Serap’ lebihan minyak di wajah dengan penggunaan pupur jenis lumpur. Ada juga produk yang menawarkan kesan resapan minyak apabila digunakan pada wajah sebelum olesan solekan.
Guna produk yang mengandungi kandungan anti oksida tinggi. Selain mampu menjadikan kulit sihat, ia mengurangkan kesan kedut.
Paling tidak, berbicang dengan doktor bagi pengambilan pil perancang kehamilan. Dos rendah mampu mengurangkan dan menyeimbangkan tahap hormon yang bertanggungjawab dalam penghasilan minyak.
Don’ts
Berhenti gunakan produk yang menyebabkan penghasilan minyak pada wajah yang lebih banyak. Contohnya, produk yang berciri krim adalah pilihan yang salah buat mereka yang mempunyai kulit berminyak.
Jangan tidur dengan solekan di wajah! Bukan sahaja ia menyebabkan pori tersumbat, juga menggalakkan pertumbuhan bintik hitam dan kulit kusam.
Jika anda menggunakan penyamar noda bagi menutup kesan cela (jerawat kemerahan), menyembunyikan pori yang besar dan ton kulit yang tidak sekata, hati-hati kerana ia mungkin akan membuatkan liang pori tersumbat dan sukar untuk anda membersihkan solekan dengan sempurna.