Beruntunglah para peminat siri sitkom terkemuka Amerika The Big Bang minggu ini!
The Big Bang Theory akan menyambut siaran episodnya ke -200 dengan mengundang Lagenda Buku Komik, Adam West yang pernah menjadi adiwira Batman suatu ketika dahulu sebagai salah satu watak dalam episod khas berkenaan.
Warner TV bakal menyiarkan episod ke -200 itu esok, 26 Februari 2016 pada jam 8.35pm.
Untuk pengetahuan anda, episod yang berkisar tentang hari jadi Sheldon Cooper ini turut disiarkan pada hari yang sama seperti di Amerika Syarikat secara eksklusif, hanya di HyppTV, saluran 613 atau peminat boleh menonton terus melalui aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere.
Selain West, ada ramai lagi selebriti lagenda yang akan terlibat, menjadi pelakon undangan dalam episod itu termasuklah pengacara rancangan bual bicara, Sarah Gilbert, bintang siri Good Wife, Cristine Baranski dan tetamu istimewa, Wil Wheaton.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton episod ke -200 sitkom The Big Bang Theory yang pasti menghiburkan anda sehingga tidak kering gusi!
The Big Bang Theory telah banyak merangkul anugerah hebat di majlis penganugerahan berprestij termasuklah dari National Television Awards dan People’s Choice Award.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Warner TV, sila layari www.warnertvasia.com atau lawati laman Facebook mereka di www.facebook.com/warnertvasia.